Makanan Street Food di TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam

Makanan Street Food di TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam. Sejak masuk tahun baru ni mama asyik ulang alik Seksyen 9 Shah Alam setiap weekend sebab hantar dan ambil Syafi dari tuition. Maka ternotice la mama ada jual Makanan Street Food di TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam. Happening betul tempat ni menjelang petang ke malam hari mana tak kami teringin nak singgah.









TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam

TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam ni baru saja dibuka iaitu pada 19 Disember 2019. Patutlah mama pun baru perasan adanya tempat ni.. Tempat ni terletak di parking space berhadapan dengan restoran Cili Merah (area belakang hotel Concorde @ Congcodei hihi)









Apa Yang Kami Beli di TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam


Sebenarnya mama takde rasa nak makan sangat tapi disebabkan anak mama yang kelaparan maka kami pun singgah lah sini.Agak pening juga nak pilih sebab banyak sangat food truck dengan pelbagai makanan yang sedap dan menarik.  Jom tengok apa yang kami beli. 

Ada tempat duduk yang proper. Senang nak makan dan tempat duduk kat sini memang banyak. So, tak risau walaupun ramai orang kita sure akan dapat tempat duduk

 Oblong ayam special RM6.50 untuk ayah.

 Mozzarella stick RM 8 untuk Syafi. Sedap ni..

 Takoyaki crab cheese RM 8 untuk mama. Mama ni memang penggemar takoyaki.

Air Chocolate Oreo RM 6. Pada mama air ni biasa aje.. Macam minum air cokloat yg letak oreo. Bila dapat Oreo memang sedap sgt

 Mocha ais yang sedap dan tak terlalu manis RM 5 je you. Next time mama nak repeat lagi.

Keadaan Persekitaran di TAPAK

Konsep kat sini memang konsep food truck habis. Makan open air space. Kalau hujan memang tak pegi lah kan. Kat sini mama rasa ada lebih 10 food truck yang meniaga di sini. Terdapat pelbagai makanan dari makanan melayu, Jepun, Korea dan pelbagai lagi street food yang menarik boleh dapat kat sini. Sebab tu lah mama akan repeat lagi nak makan Korea street food pula kat sini. Aritu nak beli tapi macam ramai orang tgh tunggu. 

Banyak sangat seatings kat sini


Maklumat TAPAK

Korang boleh refer di bawah ni ye.. Jom sapa2 nak ke sini boleh ngedate dengan mama

Maafkan gambar mama yg blur ni .Almaklumlah hp cap ayam hihi..

Bawah Ni detail trntang Tapak Urban Street Dining

TAPAK Urban Street Dining Seksyen 9 Shah Alam


Alamat: 24b, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan: 6 petang - 12 tgh malam





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Ya Allah best nya. Kat kedah ni pun, kawasan bandar besar-besar nu ada la 😁

    ReplyDelete
  2. Takoyaki tu sedapnya... Mozarella stick tu pun.. Aduiii mengugat iman sungguh

    ReplyDelete
  3. wah bestnya dapat lepak dan makan kat sini

    ReplyDelete
  4. malam2 ni lapar pulak tgk entry makanan..wahhh nampak semua makanan tu nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Hari2 pn ade ke..bestny nt ummi nk pergilah

    ReplyDelete
  6. please visit our web at my profile

    ReplyDelete
  7. wah...menariknya. senang nak cari mkn2 yg sedap kat sini. buat mcm ni macam kt luar negara punye stail

    ReplyDelete
  8. Akak suka makan street food...sedap..yang penting bersih...nanti nak terjah la

    ReplyDelete
  9. ok makan kat sini nanti nak repeat lagi nak try makanan lain plak

    ReplyDelete
  10. aduhai bestnya nengok semua makanan yang ada kak oi... shah alam ni best betul lah...

    ReplyDelete
  11. menarik.. lepak santai.. chit chat dan makan-makan..

    ReplyDelete
  12. Menarik juga berbagai makanan yang di jual.

    ReplyDelete
  13. skrng trend kan food truck cemni.. tapi best dan menarik.
    kadang2 tu variety food banyak tu yang best..

    ReplyDelete
  14. lama nyer x lepak food truck.
    yg terdekat dah ditutup. transferred to banda hilir :(

    ReplyDelete
  15. fuh gmbr kemain zoom tu...dugaan bila puasa tgk ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post