Janganlah Menjadi Manusia Yang Dibenci Allah

Janganlah Menjadi Manusia Yang Dibenci Allah. Sebagai seorang hamba Allah yang serba kekurangan tentu sekali kita ingin menjadi seorang hamba Allah yang disayangi oleh sang Pencipta. Sesungguhnya kemurkaan Allah sangatlah ditakuti. Maka, Janganlah Menjadi Manusia Yang Dibenci Allah.








Manusia Yang Dibenci Allah


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)" (HR Bukhari No: 6651) Status: Hadis Sahih








Kesimpulan dari hadith:


1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Daripada Abdullah RA,  Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan." (HR Muslim No: 133) Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya  seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah. Bukalah minda kita untuk menerima teguran dan nasihat. Allah memberikan kepada kita akal untuk berfikir. Jika ada pandangan dan fakta yang lebih baik maka terimalah dengan berlapang dada. Jangan sekali-kali berkeras dan sombong dengan apa yang kita milik.

Ya Allah lembutkanlah hati kami untuk menerima yang hak dan kebenaran. Jauhilah kami dari sifat keras kepala dan suka bermusuh.

Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Insyaallah.. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang sombong.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita di jauhkan dari sifat-sifat mazmumah

    ReplyDelete
  4. Semoga kita dan keluarga kita sentiasa disayangi oleh Allah swt.. Aamiin!!!

    ReplyDelete
  5. Semoga kita tidak dikalangan itu,Amin...

    ReplyDelete
  6. semoga kita tak termasuk dalam golongan itu

    ReplyDelete
  7. Tq atas perkongsian yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  8. Sentiasa bersangka baik dan berbuat baik dengan semua orang

    ReplyDelete
  9. aamiin.. semoga Allah sentiasa kurniakan hati yang baik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  10. moga-moga dijauhkan dari perkara ini..

    sangat berat dan sangat sedih kalau Allah sudah benci kepada kita

    ReplyDelete
  11. Semoga saya tidak tergolong dalam golongan itu 😭...
    ~terima kasih atas ingatan ni MamaPP

    ReplyDelete
  12. Semalam masa mengemas, ini juga ceramah yang saya dengar tapi tidak faham sangat. Baca posting mama, baru boleh hadam.

    ReplyDelete
  13. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang disayangi Allah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post