Lunch di Restoran Silaturahim Lumut Perak

Sebelum balik ke Selangor kami sempat Lunch di Restoran Silaturahim Lumut  Perak. Sambil menjalin Silaturahim Kat sini haha.. kedai ni besar dan ramai pengunjung. Ia mengingatkan mama kepada kedai http://www.mamapipie.com/2018/11/makan-di-kak-yan-nasi-campur-langkawi.html. Jom baca kisah mama Lunch di Restoran Silaturahim Lumut  Perak


Persamaan dengan Kak Yan Nasi Campur Langkawi tentulah sebab menu makan yang melampau banyak.. Banyak betul pilihan sampai tak tau nk makan apa haha.. ini antara lauk yang mama sempat snap gambar

Lauk banyak tak tau nak makan apa uii


Ada juga lauk yg dah diasingkan ikut potion. Maka senang juga nak ambil

Makanan Pilihan kami di Restoran Silaturahim Lumut  Perak


Setelah dua tiga kali berpusing2 dengan kaki terseliuh mama masa tu maka inilah yang kami makan. Ni makanan mama. Sama je lauk dengan ayah Syafi tapi ayah x ambil telur masin

Sup suun dengan ayam goreng pilihan anak mama

Inilah harga yang di charge. Murah kan. Air semua kami pilih air manis..

Boleh tahan ramai masa kami ke sini. Kat sinilah mama menerima banyak pandamgan yg kurang menyelesakan mama. Yelah masa ni kan kaki mama sakit. Memang seksa sangat nak berjalan. Sungguh menginsafkan mama sebab mama seperti dapat rasakan perasaan seorang OKU. Mesti mereka pun rasa macam mama ni.

Detail Restoran Silaturahim Lumut  Perak

Ok, Kat bawah Ni detail tentang Restoran Silaturahim Lumut  Perak

Restoran Silaturahim Lumut  Perak

Alamat: 136, A186, 32200 Lumut, Negeri Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 11pagi hingga 4 petang

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. sedapnya paceri terung tu.....huh, dah terliur dah ni....terbaik

    ReplyDelete
  2. Ikan sumbat tu nampak mengancam sangat..
    sha doakan semoga kaki kak Adda diberi kesembuhan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. Ya allah lapar perut tengok semua makanan tu ha...aduyaiiii.....

    ReplyDelete
  4. bahagianya masuk kedai yang banyak lauk gini kak oi... geram nengok sambal kepala sotong tuh... peberet

    ReplyDelete
  5. dh lebih 6 bulan wak tingalkan lumut., huhuhu

    ReplyDelete
  6. perghhh rambang mata tengok jenis lauk yg banyak tu ^_^

    ReplyDelete
  7. Semua menu nampak sedap!! hehe ;)

    ReplyDelete
  8. tak baik lagi ke kaki mama? huhu. semoga cepat sembuh ye. Apa pun, alhamdulillah Allah masih bagi selera nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama cerita masa ni kaki mama baru terseliuh hihi.. post ni mmg lama bersarang dlm draft

      Delete
  9. Bestnya banyak pilihan lauk... nampak menyelerakan betul terung tu🤤..
    ~siannya mamapp... moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. Ni bukan kat simpang nak masuk Teluk Batik tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee tak tau la mama.. mama waze aje hik hik.. tapi ni area2 situ juga la

      Delete
    2. betulla tu. sedap makanan kat situ mama

      Delete
  11. Adoiii banyaknya pilihan makanan. Rambang mata dibuatnya kak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post