Tujuan kami ke Kampar adalah untuk pergi kenduri kahwin sebenarnya. So, selepas pergi kenduri tu mama tetiba terasa taknak balik Shah Alam lagi. Bila ajak adik-adik lepak Lumut diorang memasing taknak sebab ada yang akan bekerja keesokan harinya. Maka, kami anak beranak je la pergi menyambung cuti. On the way ke Lumut tu kami Pergi Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak.. Ni first time kami Pergi Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak.
Kalau korang pernah baca entry mama beberapa bulan dulu. Kat sinilah berlaku perkara yang tak diingin pada mama huhu.. Boleh baca entry ni
Kompleks Sejarah Pasir Salak
Sejarah Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak
Berikut adalah maklumat yang mama dapat berkenaan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak melalui en wiki..
Kompleks Sejarah Pasir Salak ialah sebuah kompleks sejarah di Pasir Salak, Perak Tengah, Perak, Malaysia. Ianya dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.
Muzium. Kami Tak dapat pergi sini sebab Masa Ni muzium Ada masalah electric
Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Malaysia menentang penjajah British.
Apa yang Ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak
Banyak balai Pameran di sini. Antaranya adalah
- Sejarah Peristiwa Pasir Salak
- Senjata (Keris, Golok, Pedang, Senapang dan lain-lain)
- Alat-Alat Pengangkutan.
- Perabot Rumah.
- Alat-Alat Tembaga.
- Pakaian.
- Peralatan Pertanian.
- Tekatan.
- Diorama.
Bahan sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak
Kami anak beranak memang Suka melawat Tempat bersejarah. Kat sini memang banyak yang Kita boleh melawat. Ni bahan sejarah yang Ada di kompleks ni
- Rumah Dato' Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Muzium Malaysia)
- Tugu Peringatan Pahlawan Perak
- Kubur Si Putum
- Kubu Dato’ Maharaja Lela (Di bawah pengawasan Jabatan Warisan)
- Tugu Lela Rentaka I dan II
- Pentas Belotah
- Tapak Birch Dibunuh
- Sampan Perak
- Rumah Kutai I
- Perahu Naga
- Rumah Kutai II
- Terowong Sejarah (pameran berbentuk diorama bertemakan perjuangan patriotisme dan nasionalisme serta Galeri Keris)
- Tugu Peringatan Birch
- Galeri Sejarah (Galeri Menteri-Menteri Besar Perak)
Antara tempat menarik di sekitar Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak
Berikut adalah Antara tempat menarik di sekitar Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak tapi bukan di kawasan kompleks Ni..
- Balai Penghulu
- Masjid Pasir Salak
- Rumah Kutai Anjang Pelita
- Sekolah Tok Pelita
Pengalaman Pergi Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak
Tempat ni sangat cantik, kemas dan terjaga. Kawasan persekitaran sini sangat cantik. Mama suka sangat tengok binaan bangunan Kat sini. Malangnya masa tu mama nak Jalan pun tak Boleh. Based on ayah Syafi memang dalam Ni cantik sangat Dan Ada pelbagai btg Dan info sejarah yg menarik. Tapi Tak boleh ambil gambar dalam bangunan kompleks ni. Ada orang jaga dan halang dari ambil gambar or video.
Diorang pun Tak dapat nak habiskan tour sebab mama dah call suruh cepat. Kaki sakit dan hari nak ujan. Tak dapat nak bayang Kalau ujan camne mama nak berpapah gi keta laju2 huhuu..
Diorang pun Tak dapat nak habiskan tour sebab mama dah call suruh cepat. Kaki sakit dan hari nak ujan. Tak dapat nak bayang Kalau ujan camne mama nak berpapah gi keta laju2 huhuu..
Harga Tiket Masuk ke Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak
Korang jangan terkejut, bayaran Masuk ke sini sangat murah Tau
Maklumat Kompleks Sejarah Pasir Salak Perak
Boleh refer detail seperti di bawah;
Alamat: 36800 Kampung Gajah, Negeri Perak
Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 9.30 pagi - 5 petang
subhanallah. saya suka sangat design rumah camtu. best nya, tradisional ^_^
ReplyDeleteSama la Umi.. cantik sgt Kan..
Deletecantik dapat tambah ilmu sejarah
ReplyDeletemenarik tempat ni :)
ReplyDeletemurah je tiket masuknya kak.. cantik betul komples tuh semua...
ReplyDeletebanyak jugak rupanya balai-balai atau tempat yang boleh kita tengok...
Tu la Dana Kalau lalu sini nak singgah lagi lah
Deletesesekali melawat tempat bersejarah macam ni best gak..boleh belajar pasal sejarah. Saya pun suka gak tempat2 sejarah ni...
ReplyDeleteKitaorg mmg suka go Tempat MCM Ni fieza.. Boleh belajar dari sejarah
Deletecantik, saya suka tpt bersejarah. cuma bila ada anak kecil ni, kena hold ke tmpt mcm ni
ReplyDeleteKalau Ada budak kecil jgn dulu la Linda.. biasalah Tempat MCM Ni byk bahanbsejadah yg Ada mcm2 sejarahnya.. kena berhati2
DeleteMemang cantiknya tempatnya kak. Harga tiket pun murah. Nanti boleh lah singgah jalan jalan kat sini pulak
ReplyDeletesuasana hijau bersatu dengan rumah kayu yang sgt cantik ukiran/rekaan nya, saya amat tertarik. insyaallah someday dapat sampai ke sini.
ReplyDeleteCantiknya.. rasa macam belum pernah pergi tapi pernah lalu aja kawasan nie Adda. Boleh lah pergi bila-bila nanti, tak jauh dari kampung Abang Man..
ReplyDeleteBoleh kak dekat dah dgn Kampung tu
DeleteTak pernah sampai lagi tempat ni
ReplyDeleteMmg seronok tapi mama x dpt nak masuk tgk dalam Dewan pameran. Nx time mama.akan repeat
ReplyDeleteSaya dan keluarga pun memang minat ziarah tempat-tempat bersejarah cuma tempat macam Kellie's Castle tu je belum berani bawak anak-anak.
ReplyDeleteterjaga o rumput situ. punya cantik
ReplyDeletecantik tempat ni :)
ReplyDeletems zaman sekolah dulu berharap sgt pihak sekolah buat rombongan ke sini tp apakan daya, sekolah pilih zoo n taman botani shah alam waaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteinsya allah ada rezeki nk dtg sini nnt
Dekat dah nie dengan Sha.. hehehe..
ReplyDeleteSha pernah pergi lama dulu.. sekarang ini makin cantik..