Renungan buat kita bersama.. Diangkat Darjat Orang Pemurah dan Pemaaf. Jom baca sama-sama..
Diangkat Darjat Orang Pemurah dan Pemaaf
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya” (HR Muslim No: 4689) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan Hadith:
1. Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, mahupun makanan tidak akan mengurangkan harta malah menyuburkan hartanya.
عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ
Daripada Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” (HR Bukhari No: 2402) Status: Hadis Sahih
2. Orang yang memaafkan, Allah akan menambah kemuliaan untuknya di sisi Allah.
3. Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyakan sahabat
4. Pemaaf akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A’raf 7:199)
5. Allah mengangkat darjat kepada orang yang tawadukk.
Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)
Marilah kita jadi pemurah, pemaaf dan rendah hati
Sumber:
https://t.me/ahadithadayAHAD
Tags
ISLAMIK
Insyaallah.. Semoga diberi kekuatan hati untuk memaafkan..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. semoga kita semua sentiasa didalam lindungan rahmat Allah Taala. aamiin
ReplyDeleteSebelum tidur, Dina mesti akan cuba maafkan orang. Walaupun kadangkala tu susah sangat. Sebab kita ni masih ada rasa marah dan tak puas hati. Insyaallah. Perlahan-lahan nanti, Dina harap Dina boleh jadikan ini sebagai amalan harian.
ReplyDeleteInsya Allah bila dah jadi mapannlagi mudah nak diamalkn
DeleteSedekah ini kalau rasa berat boleh cuba berfikir macam ini. Harta ini cuma Allah simpan dengan aku. Sekarang masanya aku bagi balik pada orang yang memerlukan. Alhamdullilah berhasil.
ReplyDeleteBetul Elly.. tq
DeleteTerima kasih atas peringatan ni mama... Semoga diri ni sentiasa dan manjadi pemaaf, murah hati dan berkongsi rezeki yang Allah telah beri..
ReplyDeleteInsyaAllah.. terima kasih atas peringatan Kak Adda..
ReplyDeleteTq semua ini peringatan utk mama juga
ReplyDelete