Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, Mama Cancel Percutian. Korang mesti dah aware yang Malaysia kini sudah dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Sebenarnya start beberapa hari lepas mama memang dah mulai risau bila lihat angka pesakit covid18 semakin meningkat sehingga 553 orang.
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia
Semua negeri di Malaysia sudah ada yang terkena sakit pandemik ni. Ini statistik pagi ini.
Cancel Percutian Family
Sepatutnya mama dan adik-adik sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor hujung minggu ni selama 3 hari 2 malam. Memasing dah excited nak berkumpul kat sana. Rindu nak membawang dan berjumpa dengan diorang. Tapi kami semua dah mula tak sedap hati nak pergi bila tengok covid19 semakin menular.. Last-last semalam kami bincang balik dan kata putus pun diambil.. Kami cancel percutian kami..
Bincang malam tadi dan akhirnya mama cancel booking hotel. Tak apa la, ada rezeki lain nanti. Lagipun adik mama yang kerja nurse di PPUM tu cuti dibekukan sebab covid19. Mungkin next time bolehlah dia join nanti. Mama percaya apa yang berlaku ada hikmahnya..
Apapu, mama doakan semoga semua yang baca post mama ni dalam keadaan yang sihat dan minta dijauhkan dari virus ini. Amin..
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA
Ni mama copy dari telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia:
1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali uang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).
Tags
Unwanted Event
semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin
ReplyDeleteAmin ya rabbal alamin
Deletesemoga dipermudahkan urusan.. xpa. Insyaallah kalau dah reda hujung tahun boleh bercuti lagi..
ReplyDeleteKan ejulz insya Allah Ada l hikmahnya tu
Deletetakpelah bercutilah puas2 dengan anak kat dalam rumah. kita bawak anak2 melancong kat dapur, kat bilik air sambil cuci2 dinding bilik air, kat ruang tamu sambil2 lipat kain hahah
ReplyDeleteHaha betul tu Sheila dh penat melancong Dlm umah dah ni
Deleteserata malaysia dah ada jadinya ya kak, tu la dek geng-geng tabligh... tak salah nak berdakwah berkumpul tapi masanya tak sesuai sebab ramai sangat dan keadaan negara tengah ada kes kan... sebelum ni kl dgn selangor je paling ramai ni semua negeri dah ada dah
ReplyDeleteBetulnfana..tapi tu la Masa ijtim.tabligh tu belum Ada kesedaran sgt even kerajaan Kita pun. Cum kesl.org yg baru balik luar negar patut kena kuarantin diri sendiri
Deleteduduk rumah kan
ReplyDeleteYe hihi
Deletesama, saya pun cancel jalan2..dok umah je
ReplyDeletetak apa lah, be safe then sorry...eh betul ke istilah ni..
ReplyDeleteBetul sunag better be safe than sorry
Deletebagus tindakan mama tu. beringat sebelum kena. tak nak la mula2 suka lama2 duka, kan?
ReplyDeleteBetul abam. No regret
Deletependapat rietta...btul tindakan tu...satu ikut saranan pemerintah, kedua untuk keselamatan sendiri, ketiga menjaga keselamatan semua pihak....moga wabak ini segera berakhir dan boleh sambung bercuti mama....
ReplyDeleteAmin betul tu roetta
DeleteSama la mama. Aien ngan adik beradik semua plan nak pergi bercuti,, sudahnya semua kansel. Lagi² masing² ada anak kecik. ^^
ReplyDeleteKebetulan cuti sekolah Kan takpelh keselamatan LG penting
Deleteada hikmah tu...hotel2 pn byk close juga...smoga kita smua dilindungi...arini pn dh start work from home smp akhir bln
ReplyDeleteBetul tu
Deletestay safe mama.
ReplyDeleteYou too ray 😘
Deletenext time boleh plan lagi. keadaan skrg ni scary, semoga dgn MCO ini, covid 19 terkawal dan varnished
ReplyDeleteBetul tu
DeleteInsyaAllah ada rezeki lebih besar lepas ni..
ReplyDeleteSemoga wabak ni cepat beransur hilang. Tak apa kak, next time kak boleh pergi berholiday okey.
ReplyDeleteBagus2. Membantu menghentikan penularan Covid-19.
ReplyDeleteStay safe Adda.. semua yang Allah dah susun untuk kita semua nie pasti ada hikmahNya kan..
ReplyDeleteBetul kak.sue insya Allah Ada la Allah make bg menda lain
DeleteSamalah kita kak.. Sha pun cancelkan cuti ke Terengganu.. risau..
ReplyDeleteGi Redang ke sha
Deletex pe lah postponed dulu cuti-cuti. tggu dah okey semua, baru smbung plan..moga kita semua dilindungi dari covid-19...
ReplyDeleteAmin ya rabbal alamin betul tu fieza
Delete