Terima kasih kepada Ana Jingga kerana support segment share resepi mama.. jom kita lihat Resepi Agar-agar Karamel Tanpa Telur darinya.. special Resepi Agar-agar Karamel Tanpa Telur ni sebab setau mama Agar-agar Karamel Ni selalunya Ada telur kan.
So mama komgsikan resepi yang istimewa ni kat sini ye
Resepi Agar-agar Karamel Tanpa Telur
Cantiknya kejadian agar-agar Karamel AJ ni.. berkilat smooth je
Bezanya agar-agar ni tak perlu nak kukus dah kita cuma masakkan dan sejukkan. Kalau puding karamel biasa dengan telur tu kena kukus kan. Jom kita tengok bahan-bahan nya.
Bahan karamel :
1 cawan gula pasir
Sedikit air
- Panaskan gula dalam periuk hingga hangus perang dan masukkan air sedikit demi sedikit. Hati-hati nanti gula ni merecik, kacau sebati hingga jadi gula karamel.
- Tuang dalam acuan dan sejukkan sementara kita masakkan agar-agarnya.
Bahan untuk agar-agarnya :
1/2 paket agar-agar tali
1 cawan air
4 sudu besar gula
3 sudu susu pekat
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastad di bancuh dengan sedikit air
Cara masak agar-agar karamel
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Masak hingga larut.
2. Masukkan gula dan susu pekat.
3. Masukkan susu cair 1 tin.
4. Masukkan bancuhan tepung kastad.
5. Kacau hingga menggelegak.
6. Tapis kan ke atas lapisan karamel tadi dan sejukkan.
Resepi asal di sini Agar-agar Karamel Tanpa Telur
Tags
Resepi
Nampak macam senang nak buat. Boleh la cuba nnt
ReplyDeletemacam senang untuk dicuba..
ReplyDeletemenarik agar-agar dia.
ReplyDeleteWife dah cuba yg guna telur aritu 😊
ReplyDeleteSy ada tgok resepi orang lain ada yg share..nak senang guna serbuk dadih yg flavour vanila..jika tKot kalau guna agar2 terlebih keras pula
ReplyDeleteOo ye ke.. Boleh jugak try nanti
Deletenampak cantik...sama mcm yg gunakan telur tu kan...boleh la cuba yang ini pula...ubah selera...
ReplyDeleteNampak sedap sgt Kan.. senang juga naknbuat versi Ni..mama pun nak Cuba nanti
ReplyDeletemy sister mesti suka ni since she love caramel so much. gonna share this with her.
ReplyDeleteTerserlah kesedapannya
ReplyDeletesedapnya ya tuhan.. ^^ dah la tengah usha resepi puding karamel ni..
ReplyDeletetry naa memang sedap dan in shaa allah menjadi kejadiannya helok sangat :)
ReplyDeletemudanya..sedap makan sejuk2 ni
ReplyDeletebest juga guna agar agar. kalau cara fiza suka letak telur sikit dan letak roti putih blend hancur sekali.
ReplyDeleteAsalkannrasanya sama APA salahnya Cuba Cara mudah pula kn
ReplyDeletecantiknya kejadian.. :)
ReplyDeleteyang jenis x ada telur ni saya suka..
ReplyDeleteyang ada telur kureng sikit..
Setiap kali tgk gambar Agar-agar Karamel AJ ni mesti telan air liur haha
ReplyDelete