Resepi Ayam Kukus Halia

Resepi Ayam Kukus Halia. Mama ada order barang dapur melalui Lalamove dan dibelinya halia saiz gergasi sebanyak 3 ketul. Besar tau halia tu dah lah saiz giant. Kebetulan mama terjumpa resepi ni, mama nak cuba masak lah nanti. Mama tepek dulu Resepi Ayam Kukus Halia ni kat sini. Nampak senang aje nak buat.

Halia ni selalunya mama beli tak banyak. Setakat seketul saiz sederhana dah cukup untuk beberapa minggu. Ini kalau dah 3 ketul besar memang takkan habis lah.. So, kenalah masak masakan yang berunsurkan halia lepas ni banyak-banyak.



Resepi Ayam Kukus Halia

Bahan-bahan: 

Setengah ekor ayam – di potong ikut suka

3cm halia – dihiris
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan minyak bijan
Serbuk lada putih – jika suka
Sedikit Garam
Daun bawang – di hiris

Cara memasak:

1. Campurkan bahan-bahan di atas (kecuali daun bawang) bersama dengan ayam dan perap perap selama 30 minit
2. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kukus dan tabur hirisan daun bawang.
3. Kukus bahan-bahan di atas selama 10 -15 minit (sehingga ayam masak)

Selamat mencuba!

Gambar: kredit to FB loyang & acuan

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Senang resipi ni. Semua bahan dah ada kecuali daun bawang.

    ReplyDelete
  2. Resepi yang senang.. cuma minyak bijan je sha tak ada..best untuk dicuba nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleeh Sha Kalau x letak mimyakmbijan cuma.aromanya kurang sikit la

      Delete
  3. Sedap nih kak, tapi kalau ada budak mesti tak minat takut termakan halia heheheh... kita suka lah punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pun x Suka Kalau tergigit halia dana haha

      Delete
  4. Belum pernah buat resepi kukus ayam ni...munhkin boleh cuba.

    ReplyDelete
  5. simple resepi. Kalau PKP ni, semua resepi rasa nak cuba kan hehe

    ReplyDelete
  6. Tak pernah buat lagi versi kukus. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  7. Jim.try ramai2 Kasi buang angin

    ReplyDelete
  8. asal resepi je kita save dulu..kalau dah taktau apa nak masuk kita refer je terus

    ReplyDelete
  9. nampak sedap gambar tu...nanti kalo teringin, nak cuba juga lah

    ReplyDelete
  10. ayam masak halia biasa mkn tp ayam kukus halia tk pernh lg

    ReplyDelete
  11. Pernah juga wife ejulz masak ni. Ejulz makan je pandai. Hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post