Resepi Donut Lembut Dan Senang dari penselduabee

Resepi Donut Lembut Dan Senang. Terima kasih Radhia kerana join Segment Share resepi mama. Jom mama kongsikan  Resepi Donut Lembut Dan Senang dari Radhia. Sedap ni donut kan digemari semua.







Kalau rajin boleh juga diubah topping tu kepada pelbagai topping yang digemari ..

Resepi Donut Lembut Dan Senang 



Bahan A
2 Cawan Tepung gandum
2 sudu besar marjerin

Bahan B
2 sudu besar yis
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh garam
3/4 cawan air







Cara-cara
1. Campurkan semua bahan B tapi hanya mengunakan 1/2 cawan air sahaja. Baki air akan digunakan nanti.
2. Gaulkan hingga sebati. Rehatkan agar campuran yis menjadi kembang dan berbuih.
3. Gaulkan bahan A mengunakan tangan sehingga sebati.
4. Campurkan bahan A dan bahan B dan gaulkan mengunakan tangan.
5. Masukkan air yang baki dari no 1 sedikit demi sedikit. Semasa masukkan air tu selang-seli dengan gaul. Berhenti tambah air apabila doh tidak melekat pada tangan.
Ada resipe campur terus 3/4 cawan air dengan bahan-bahan lain. Tapi agak risky cara ni sebab ada kemungkinan doh menjadi lembik dan watery. Sebab depends pada jenis marjerin. Ada marjerin dah cepat lembutkan doh tanpa perlu guna air banyak. Ada yang tidak.
6. Biarkan doh hingga naik.
6. Hasilkan bebola doh kecil.
7. Bulatkan doh dan hasilkan lubang di tengah menggunakan jari sahaja.
8. Susun di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Biarkan lagi donut naik.
9. Selepas dah naik, donut sedia untuk digoreng.


Resepi asal di sini Resepi Donut Lembut Dan Senang

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Nak cubalah resepi MP..
    Nampak mudah..
    Boleh buat utk moreh..

    ReplyDelete
  2. semua blog yang saya buka mesti ada makanan..

    dah la masa sekarang lepas Asar..

    faham-faham jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sabar je ye Mr h.. lepas asar la kaum ibu2 Paling aktif tgk resepi

      Delete
  3. Sedap. Japgi nak minta resepi kuih ketayap kat mak. Hehe

    ReplyDelete
  4. Selamat mendonat
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. sedapnya. nak buat tapi tak seronok sbb xde family nak makan skli

    ReplyDelete
  6. Ya Allah kak Adda. nampak sedap donat nye tu ha. Harini rasa nak berbuka dengan donut la pulak

    ReplyDelete
  7. Bole cuba ni... Mcm senang je..
    Mama bloglist sya kalau guna phone kena scroll bwh sikit, kalau guna laptop atau komputer..belah kanan and bawah sikit mama punye blog dah lama masuk bloglist tapi yang satu lagi belum dimasukkan..akan update hari ni and masukkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tq munirah nnti bgtau bilandah masukkan ye

      Delete
  8. yummy deliciousss wauuu sedappp nya donut

    ReplyDelete
  9. Sangat mudah mendonut. Cantik menjadi donutnya

    ReplyDelete
  10. Cantik elok kejadiannya. Donut PH asyiklah belum sempurna kejadiannya hihi...

    ReplyDelete
  11. Baru buat smlm tapi mama guna mauripan susah betul Cari his musim pkp ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post