Resepi Kueytiaw Ladna dari Farhana Jafri

Harini mama nak share Resepi Kueytiaw Ladna yang dikongsikan oleh Farhana Jafri melalui segmen share resepi mama. TQ Farhana support segment mama. Kalau nak tengok Resepi Kueytiaw Ladna sla scroll sampai bawah.







Sebenarnya dah lama mama tak makan ladna. Bila tengok gambar ni terasa lapar plak. Nampak sedap kan. Kalau suka pedas macam mama boleh letak cili api banyak-banyak.. Jom kita tengok resepi

Resepi Kueytiaw Ladna



Bahan-bahan:


Bahan A : 
- Kuey tiaw
- Kicap [ikut sukatan masing-masing]

Bahan B
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili padi [ikut level pedas korang]
- Halia
- Ayam
- Air 3 cawan [depends nak kuah banyak mana]
- Minyak [1 sudu besar]

Bahan C
- 2 sudu tepung jagung dibancuh [nak pekat tambah lagi ikut suka]
- Telur
- 1 Kiub pati ayam 
- Mixed Herbs [optional]
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Bahan D
- Sayur sawi
- Bunga kobis
- Tomato
*Bahan D ni terpulang nak letak sayur apa. Ada yang letak cendawan, ada letak carrot. 






Cara-cara penyediaan :

1. Tumiskan Bahan B sampai ayam masak dan naik bau kemudian masukkan air. 
2. Kemudian masukkan Bahan B dan biarkan kuah direneh sebentar sampai telur masak. 
3. Sementara menunggu Bahan B, boleh panaskan kuali dan gaulkan Bahan A hingga sebati. Bahan A ni tak perlukan minyak sebab kueytiaw dah ada minyak dia sendiri. 
4. Balik kepada kuah tadi, masukkan Bahan D kemudian tutup api. Dah siap, boleh hidang untuk dimakan!

Resepi asal di sini Resepi Kueytiaw Ladna


Resepi asal di sini Resepi Kueytiaw Ladna

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Nampak memyelerakan sungguh laaa...nak try gak laaa buat..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap....boleh cuba buat kuew teow ladna

    ReplyDelete
  3. Lama tak singgah sini..omaii lapa terus

    ReplyDelete
  4. Tak pernah buat selalu order je.

    ReplyDelete
  5. Belum pernah cuba masak kuey teow ladna lagi. Boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  6. nampak sedap tu! kuetiau ladna camni makan panas2 time hujan atau time tak berapa sihat, memang menaikkan selera makan...

    ReplyDelete
  7. Puas hati buat sendiri. Makan masa panas2 memang ngam kak.

    ReplyDelete
  8. Teringin sgt nak buat tapi mama.soramg je yg Suka ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post