Tabiat Shopping Mama di Musim Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni tabiat mama yang  suka shopping masih lagi tak pudar.  Tapi mama dapat lihat Tabiat Shopping Mama di Musim Perintah Kawalan Pergerakan ni agak berbeza dari sebelum ni. Kalau nak tau meh tengok apa yang mama beli







Tabiat Shopping Mama di Musim Perintah Kawalan Pergerakan

Jom tengok antara barang yang mama beli masa PKP. Kesemua barang ni mama beli sejak bermulanya PKP. 

Mask - mama ada stok di rumah tapi ini adalah untuk backup..


Beli troli beroda ni sebab sepanjang PKP ni mama buat spring cleaning sikit2 dan mama beli 2 troli ni untuk nak susun barang kat situ..

Sebelum beli surgical mask masa awal-awal PKP memang sangat susah nak cari mask so mama beli yang jenis kain ni. Tapi turn out mask ni tak sesuai untuk dipakai untuk melindungi diri kita. Ini lebih kepada fashion gitu.. takpelah mama simpan je laa.

Kononnya nak tuai kut-kut sempat masa PKP ni tapi barang ni sampai minggu ke 3 PKP. Tak tau la sempat ke tidak nak tuai.

Minat menanam dah mula bercambah so mama nak try tanam sayur guna hyroponik pula. Nanti mama update apa jadik dengan projek mama ni haha
Beli kerusi ni sebab Syafi suka buat kerja rumah dengan duduk atas lantai. So, kerusi ni bagus untuk posture yang bagus..Mama pun guna juga kerusi ni kalau nak duduk atas katil sebab mama kan ada masalah sakit pinggang so, ia dapat membantu mama sedikit..

Hand sanitizer jangan dilupa..memang susah juga nak cari masa minggu pertama PKP so mama beli dengan kawan husband yang ada syarikat jual ni








Kesimpulannya, korang boleh tengok tak apa kelainan tabiat membeli mama ni. Mama rasa mama lebih membeli barang keperluan dan bukan beli barang untuk hiburan. Sebelum ni mama selalu beli pakaian, tudung, aksesori handphone, etc kat online tapi sejak PKP ni lain plak menda yang mama guna. Alhamdulillah mama dah insaf.. haha




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. aida baru sekali shopping online. beli buku latihan pt3 utk Nurin.
    lain2 lom lagi la.
    hampir hampir nak beli, tapi bila ada notification yg semua tu akan dihantar after 14 april, aida x jadi beli.
    better gi kedai 2 ringgit je beli nanti.
    provided PKP ni sampai 14 april jer la kan hu hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully habislah tempoh pkp ni kam..tapi secara logik macam x boleh lagi

      Delete
  2. wah, sampai beli bayam brazil di shopee yaa... ni mama baru beli masa fasa kedua ke fasa pertama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye aien haha.. amma beli masa fasa pertama lagi tapi sampainye selepas 2 minggu huhuu

      Delete
  3. wah semangat nak berkebun time pkp ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ada beberapa lagi yg mama beli baru2 ni tak masukkan hihiii

      Delete
  5. Suami ada juga buat pembelian online, antaranya mesin rambut. Barber tutup, terpaksalah Walidnya trim sendiri rambut anak-anak :)

    ReplyDelete
  6. Banyak nampaknya shopping secara online. Sy dah stop online shopping untuk sementara waktu.

    ReplyDelete
  7. Hehe makin menjadi2 tabiat shopping online kita semenjak pkp ni ye

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. kat lazada.. ala troli ikea kan tapi mmg murah la.. kalau yg ikea punya min rm120

      Delete
  9. cantik pulak hand sanitizer tu...kita punya tak habis2 lagi ni, kalau tak, nak rembat jugak tu..

    ReplyDelete
  10. Wak tak pandai lagi shopink online.

    ReplyDelete
  11. memang ada beberapa benda yang berubah sikit. selalu beli barang basah sminggu skali tu pun kadang2 untuk bekalan 2/3 hari sbb slalu beli sikit2. skrng kena beli in bulk nak kurangkan keluar.

    lepas tu memang habis nak check barang2 medical secara online.

    ReplyDelete
  12. Kami takda shopping sangat sebab risau delivery tu la lambat nak sampai 😢

    ReplyDelete
  13. Memang nampak beza apa Mamapipie beli.
    Saya memang takde beli apa-apa. Jenis suka beli COD. Jenis tak sabar nak dapat segera.

    ReplyDelete
  14. dah kurang membeli online kerana courier buat hal, hantar lambat. especially J&T. watson & guardian pun tak proses pembelian. dah seminggu lebih.

    ReplyDelete
  15. Anak pokok tu bestnya kak adda.. Macam nak beli juga.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post