Bila Anak Mama Buatkan Kopi Viral Dalgona + 8 Resepi Dalgona. Beberapa minggu lepas semasa awal PKP, situasinya masa tu kami anak beranak tengah sibuk buat kerja di rumah. WFH la katakan. Mama dan ayah buat keje #workfromhome Dan anak mama pula tengah buat latihan. Tetiba anak mama minta izin nak turun ke dapur sebab nak buatkan mama kopi katanya.. Rupanya dia nak buatkan kopi Dalgona
Selekeh sikit gitu la bila anak lelaki buat keje..hihi... Mama namakan air ni Dalgona Mocha sebab dia guna susu coklat instead of susu putih. Agaknya sebab dalam peti ais Ada susu coklat masa tu..
Apa Rasa Susu Dalgona Mocha anak mama?
Rasa nescafe tu memang kuat mungkin sebab guna nescafe gold. Bila dikacau air tu dan diminum memang terasa macam mocha. Quite strong juga rasa nescafe tu. Mama suka..
Terima kasih alahai anak ku. Mama dan ayah yang tengah sibuk buat kerja dapat la minum Dalgona Mocha air tangan anak mama..
Hasilnya bersemangat mama buat keje sampai pukul 10 malam dan sempat email kerja yang dah siap Kat COO.. Alhamdulillah..
Sebenarnya Mama beli barang utk mama cuba sendiri buat Dalgona coffee viral tu tapi nampaknya anak mama lagi advance.. Disebabkan dialah mama tak pernah lagi buat sendiri dalgona ni tau. Mama dan ayah order aje pastu dia akan buatkan.
Dalgona coffee yang dia buat Masa bulan puasa ni
Rajin betul dia whisk kopi sampai keluar buih. Siap pakej delivery hantar ke bilik lagi haha.. Bukan Dalgona Mocha saja, Dalgona Coffee pun dia dan buat beberapa kali cuma mama tak ambil gambar saja.
Dalgona coffee yang dia buat Masa bulan puasa ni
Rajin betul dia whisk kopi sampai keluar buih. Siap pakej delivery hantar ke bilik lagi haha.. Bukan Dalgona Mocha saja, Dalgona Coffee pun dia dan buat beberapa kali cuma mama tak ambil gambar saja.
RESEPI DALGONA
Jom kat sini mama nak share 8 Resepi Dalgona yang kita boleh cuba. Nanti nak suruh anak mama cuba juga lah.. Mama dah save gambar2 di bawah masa mula-mula PKP ingatkan nak buat sendiri. Takpelah nanti order je dgn anak mama tu
Dalgona Coffee
Bahan-bahan2 sudu teh serbuk Nescafe Gold
3 sudu gula
3 sudu air panas
Susu kotak penuh krim
Ais
Cara-cara :
Bancuh nescafe + gula + air panas
Pukul atau gaul bancuhan tersebut sehingga pekat dan berbuih.
Tuangkan susu kotak full cream ke dalam gelas yang berisi ais.
Ambik campuran nescafe yang telah dipekatkan itu dan masukkan dalam gelas yang telah berisi air susu tadi.
Dalgona Matcha
Guna resepi di atas tapi tukar Nescafe kepada serbuk teh hijau sebagai bahan utama.Bahan-bahan:
1 sudu serbuk matcha
1 putih telur
Setengah cawan gula pasir
Setengah cawan air
Susu kotak
Ais.
Cara-cara:
Pukul sehingga kembang putih telur.
Dalam masa yang sama larutkan gula pasir didalam air suam.
Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha.
Tuangkan susu kotak full cream ke dalam gelas yang berisi ais.
Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar.
Dalgona Milo
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk milo,
2 sudu gula pasir,
2 sudu air panas,
susu kotak
ais.
Cara-cara:
Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas sehingga pekat berbuih.
Tuangkan susu kotak full cream ke dalam gelas yang berisi ais.
Masukkan milo yang dah berbuih tadi ke atas susu segar dan ais.
Dalgona Teh Susu
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk teh,
2 sudu gula pasir,
2 sudu air panas,
susu kotak
ais.
Cara-cara:
Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas.
Setelah bahan bahan campuran tadi likat, masukkan di dalam gelas yang berisi susu kotak dan ais..
Dalgona Oreo
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk Nescafe,
2 sudu gula pasir,
2 sudu air panas,
susu kotak,
sebuk oreo
ais.
Cara-cara:
Pukul serbuk Nescafe, gula pasir dan air panas sehingga kembang .
Masukkan bahan tadi di dalam gelas yang berisi susu kotak dan ais dan juga dicampur dengan serbuk oreo
Dalgona Koko
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk koko,
2 sudu whipping cream
2 sudu gula pasir,
2 sudu air panas,
susu kotak,
sebuk oreo
ais.
Cara-cara:
Satukan di tempat lain serbuk koko, gula pasir dan air panas. Kacau sehingga sebati
Pukul whipping cream sehingga kembang
Masukkan campuran koko, gula dan air panas tadi dan pukul lagi sehingga sebati
Masukkan bahan tadi di dalam gelas yang berisi susu kotak dan ais
Dalgona Mocha
Dalgona Horlick
Tags
Resepi
rasa mcm nak buat jeee malam ni...hehee
ReplyDeletemama pun tiba2 teringin hihi.. nak order la dgn anak bujang mama
Deletefuhh pekat melekat tu kak, lagi best bila anak bujang yang buatkan
ReplyDeletebetul dana.. sedap bila org buatkan
DeletePandainya anak bujang buat dalgona mocha. Nak kena try ni ada dah susu coklat 😋
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDah boleh diharap
pernah buat yg coffee je, yang lain belum pernah try, boleh la try guna resepi mama
ReplyDeleteMacam menarik pula guna susu coklat tu..
ReplyDeleteletak susu coklat rasa dia mmg macam mocha. korang try la
ReplyDeleterabia tak buat2 pun lagi
ReplyDeletekonon nak buat, tak buat2 jugak, mamapp.
ReplyDeletesampai ke sudah abis Ramadhan :) ha ha ah ha...
nampak sgt sedap!