Menu Berbuka Minggu ke Dua Ramadhan 2020

Walaupun rasa malas nak share lagi menu berbuka puasa kami tapi mama nak simpan kat sini untuk kenangan. Ini menu minggu kedua bulan Ramadhan bagi mama sekeluarga..







Hari ke 8 - Mee Bandung Muar, roti jala dan Kari ayam. Air rut B cincau. Moreh twiggies peanut butter favorite mama. Mee bandung muo ni memang home made dan rasa dia mmg sedap. kalau ada masa nanti mama share resepi

Hari ke 9 - Kari ikan siakap, sayur bayam masak air, dan chicken kebab wrap bersama air bandung soda. Moreh kek marble

Hari ke 10 - Sahur roti john otai burger mama beli semalam (Ada orang jual datang rumah) x larat makan masa buka.. Makanan berbuka udamg goreng nestum, ubi getuk demgan sambal tumis, salad aan ikan goreng, air laici. Moreh pau kacang adik ipar buat.









Hari ke 11 - Ikan siakap stim, sayur campur cendawan, kek chocolate moist Tupperware, popiah ketam dan air kelapa laut man Java beli dari kak Sue. Moreh buah epal Dan buah Lai.

Hari ke 12 - Nasi Arab dengan ayam, ikan masak kicap Dan Swiss roll. Miman air jus kedondong Man Java. Next time nak letak asam boi

Hari ke 13 - Nasi lemak bersama  ayam goreng berempah dan kangkung goreng cili (makan dengan bubur nasi pun sedap ni.. tetiba craving), karipap Ikea kakak ipar belanja, buah Oren Dan jus kedondong asam boi Man Java. Malam buat pizza mission wrap utk moreh (letak sosej, pasrami ayam, mayo, cheddar dan mozarella. Syafi kata lagi sedap dari Dominos haha.)

Hari ke 14 - Hari yang senang sebab banyak menu orang lain yang buat, ikan parang masak asam pedas by mak mertua (pkpb baru dpt jumpa dia selepas sebulan lebih), mochi by adik ipar, Pau kelapa jiran bagi. Mama cuma prepare air Lai chi kang dan ayam goreng kunyit saja. Alhamdulillah kenyang



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Makin minggu makin blur nak masak apa kann Mama..aishhh benggong kepala fikir hahahaha nampak menu Mama ni semua sedap-sedap wooo...laparrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis lin, makin blur tak tau nak makan apa.. makin lama makin simple lauknya.. tak berapa selera asal ada makanan untuk berbuka ok dah kan

      Delete
  2. Sedap2 nya juadah. Rajin mama masak macam2 🤩 Saya tak boleh nak buat macam2 sangat sebab terkejar kejar dua anak haha

    ReplyDelete
  3. Mohon share cpt resipi mee bandung muo tu. Hehe

    ReplyDelete
  4. Meriah menunya
    selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  5. Aduh.terliur air bandung.hehe.meriah menu mama. Nanti boleh tiru menu. Iza pon dah habis idea nak masak apa.hehe.

    ReplyDelete
  6. mama punya menu biasa2 aje.. ramai lagi yg buat menu lagi power dari mama.. selalu tgk ig korang mama tau la hihii

    ReplyDelete
  7. Alamak.. tertengok di waktu tengahari la pula.. hahaha..
    Meriah menu kak Adda.. Ohsem..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post