Menu Sahur Dan Berbuka Minggu Pertama bulan Ramadhan

Menu Sahur Dan Berbuka Minggu Pertama bulan Ramadhan. Mama nak tepek kat sini makanan dan menu kami sekeluarga tahun ni. Menu Sahur Dan Berbuka Minggu Pertama bulan Ramadhan utk kenangan mama di Musim PKP Ni.. hampir kesemua menu home made







Selepas Dua tiga Hari menu sahur kami anak beranak Makin simple. Mama Ni memang sejenis tak makan berat Masa Sahur. Dulu minum air kosong dengan kurma aje.

Hari pertama sahur ayam masak asam pedas, buka kari ikan siakap, sayur kacang panjang, pisang Goreng bersama Sambal kicap Johor, juga seri muka, moreh sagu gula melaka.

Hari kedua, sahur Mee Goreng, buka ayam masak gulai siam, salad telur, kuih keria, Kuih cek mek molek, tepung pelita, ayam goreng.

Asam pedas ikan parang, Sambal jawa, air laici, mangga madu, onde-onde, ayam goreng berempah, sahur sandwich burger je. Moreh kek butter jiran bagi.

Baru Hari ke 4 dah boring x tau nak makan apa. Makan cekodok dengan Sambal sardin dan makan nasi dengan sambal serta sup suhun. Ada juga ayam goreng crispy untuk budak2. Pencuci mulut mangga madu dan mangga harum manis. Moreh makan pisang tanam sendiri pemberian kakak ipar. Air sunquick Oren.

Hari ke 5, ayam masak lemak cili Api, sayur kacang buncis, karipap, ikan goreng, donut gebu gebas. Sahur roti telur, moreh kek batik Dan bubur lambuk pemberian jiran


Hari ke enam hari mama mula bekerja dan birthday en hubby. Mama dah lama mengidam satay so mama order aje. Mula-mula mama pergi kompleks PKNS sekali terkejut tengok Satay Kajang Hj Samuri tutup. Mujur sempat order dengan Paklong Satay. Sedapp








So kami buka satay bersama nasi impit bersama cucur badak. Kebetulan jiran bagi lemang kami makan dengan serunding. Dah macam Raya pula. Minuman sirap selasih dan kami moreh kek birthday chocolate cheese cake.. very simple

Menu Hari ke 7, hari kedua mama dah Mula bekerja. Nampaknya menu pun Makin simple. Mama masak Nasi Goreng, ikan caru goreng dan sandwich sardin saja. Air rub B selasih. Ada jugak nasi briyani sumbangan Bank Rakyat di office Dan putu mayam kakak ipar belanja. Moreh mama ialah sushi dan buah Lai..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. wah meriah menu. sedap2 lagi tu

    ReplyDelete
  2. Siap ada makanan moreh. Hehe saya takde, makan je juadah buka.

    ReplyDelete
  3. Meriah juga tu kak. Kira menu ana lg simple sebab ada 1 menu je. Hehe

    ReplyDelete
  4. waa kak.. byaknya jenis menu.. boleh pilih nie nak masak apa sahur nti..

    ReplyDelete
  5. Sangat meriah menu akak setiap hari

    ReplyDelete
  6. wah..bnyknya menu. pandai masak mama ni..suka la anak2

    ReplyDelete
  7. Kita tak sempat snap pun haha..

    ReplyDelete
  8. Wah kak meriah menu.. Complete semua.

    ReplyDelete
  9. Uihh byk ke tu.. lepas Ni tunggu la menu lagi simple sebab mma.dah Mula bekerja xsempat dah nak buat mkanan moreh bagai haha

    ReplyDelete
  10. Banyak tu. Nampak menyelerakan .

    ReplyDelete
Previous Post Next Post