Ramadan Bulan Ibadah

Ramadan Bulan Ibadah. Salam jumaat semua. Sekejap saja kita sudah berada di hari ke 15 bulan Ramadhan. Semoga kita semua dapat memaksimumkan lagi ibadah di bulan mulia ini.







Ramadan Bulan Ibadah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih




Kesimpulan hadith:


Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa).

3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan,  akan  disediakan  padanya dengan rahmah Allah syurga.







4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Selamat Menyambut Ramadan.

Sumber 1 Hari 1 Hadis

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Nice tazkirah..salam ramadan 15 mamapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga sama2 dapat berkat tq cikguzim .. salam ramadhan

      Delete
  2. terima kasih mama...semoga sy dpt mempertingkatkan ibadah pd bln Ramadhan ini..

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat dan Ramadhan Kareem Mama.

    Semoga ibadah kita lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.

    ReplyDelete
  4. Jom tingkatkan ibadah pada penghujung ramadan ni.

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah2 yang lainya.
    ganjaran yang berlipat ganda amalan2 di bulan ramadan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post