Resepi Agar-agar Gula Melaka Tiara Sapphire

Walaupun segmen share resepi dah tamat, tapi mama nak juga share saki baki resepi menarik dari rakan-rakan blogger. Salah satunya ialah Resepi Agar-agar Gula Melaka Tiara Sapphire ni. Sedapnya agar-agar ni. Reason lain mama nak share Resepi Agar-agar Gula Melaka kat sini ialah mama nak try nanti senang mama nak refer. Sedap oo agar-agar gula melaka. 








Paling menarik agar-agar ni ialah sebab ada 2 lapisan. Bila makan yang jernih terasa manis dan bila makan yang putih tu terasa lemak. Tu yang bestnya agar-agar ni. Jom kita tengok resepi..

Resepi Agar-agar Gula Melaka



Bahan yg diperlukan:
  • agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula merah/gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • daun pandan
  • secubit garam

Agar-agar tali tu main agak-agak sebab mak kata bubuh sepeket tapi macam terlebih muatan pula so aku guna dalam separuh peket macam tu.







Cara Memasak
  1. Rendam agar-agar tali terlebih dahulu sehingga kembang. toskan airnya.
  2. Rebuskan agar-agar bersama air dan juga daun pandan. masak sehingga agar-agar larut dan menjadi jernih.
  3. masukkan gula merah dan gula pasir. kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
  4. dalam bekas lain, masukkan santan, telur dan garam. kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam periuk. teruskan kacau sebab tak nak adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk.
  5. masak sehingga 1 ke 2 minit lagi sehingga mendidih.
  6. matikan api dan boleh tuang adunan ke dalam loyang
Kena tunggu agar-agar sejuk dahulu baru simpan ke dalam peti sejuk. nanti akan nampak agar-agar ni jadi dua lapisan bila bahagian santan dah naik ke atas. bila dah keras dan sejuk barulah boleh dihidang dan sedap di makan


Resepi asal di sini - Resepi Agar-agar Gula Melaka

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

23 Comments

Words of wisdom

  1. nampak sedap.. boleh hntaq mai sini sikit kot mama hehehe

    ReplyDelete
  2. Hasil cookingnya kelihatan padat dan sedap ...
    Saya juga ingin mencoba membuatnya.

    ReplyDelete
  3. antara feveret juga ni kalau di bazar ramadan tahun2 sebelum ni.

    ReplyDelete
  4. Mmg sedap makannsejuk.. sedap Kan mama pun suka

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Wah mama... bila mama sebut pasal lemak bergabung dengan manis2 tu, tetiba rasa teliur pulak agar-agar tu... makan sejuk2 sedap tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama baca pun teringin tetiba ni semut haha

      Delete
  6. fuhh
    sedap nih buat berbuka
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. tq tiara share resepi. sedap ni mmg mam suka

      Delete
  8. simple dan sedap menu ini kan kak

    ReplyDelete
  9. Suka makan tapi tak pernah buat lagi. sedapnya makan sejuk-sejuk.

    ReplyDelete
  10. mama kena cuba buat jga ni nanti. teringin lak

    ReplyDelete
  11. sedap ni, kalau makan dia sambil tengok cite korea, tak sedar da habis dalam bekas..haha

    ReplyDelete
  12. nyaman bila makan ni sesejuk!
    i like :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post