Terima kasih Faizzah Amir kerana support segment resepi mama. Fiza kongsikan Resepi Daging Bistik dan bila mama tengok Resepi Daging Bistik tetiba teringat dah bertahun tak makan bistik. Maka, Boleh di cuba nanti ni.
Mama and family jarang makan daging sebab hubby pantang makan daging. Maka mungkin akan tukar jagi ayam bistik bila masak nanti
Jom kita tengok Resepi Daging Bistik dari Fiza
Resepi Daging Bistik
Bahan-Bahan:
1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 cm kulit kayu manis
Bahan perasa
Kacang pis untuk hiasan
Bahan (kuah):
300 ml air
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging
Bahan (dikisar):
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata.
Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
Masukkan daging dan semua bahan2 kuah.
Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
Siap untuk dihidang.
Faizzah Amir - Resepi Daging Bistik
Tags
Resepi
Daging bistik menarik juga ni..hari ni masak kari daging, boleh dipertimbangkan menu ini utk lain kali:)
ReplyDeleteKan.. mama pun dah boring makan Kari Ni haha
Deletenampak sedap juga daging bistik. maybe boleh try resepi akak nanti..hehe
ReplyDeletekalau tak makan daging, boleh aje buat bistik ayam, sedap juga
ReplyDeleteMnarik
ReplyDeleteaduhhh... kena cuba ni.. tak tahan nk nk rs..
ReplyDeletemudah rupanya resipi ni, nanti nak buat lah
ReplyDeleteselalu dengar telus bistik..
ReplyDeleteni festime tahuuu daging pun boleh dibistikkan..
Daging bistik x pernah try lagi. Telur bistik pernahlah makan.
ReplyDelete