Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah dari Lya Imtiyaz

Terima kasih Lya Imtiyaz kerana join segment mama. Lya kongsikan Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah. Yang penting Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah ni memang nampak sedap dan mudah saja nak buat. Sapa takde idea nak sahur atau nak buka apa tu boleh la buat menu ni..








Selepas ni takyah risau ye kalau.ada banyak roti yang tak habis kat rumah tu. Boleh cuba resepi ni

Resepi Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah 




Bahan Bahan Untuk Pizza Roti Gardenia
- Empat keping roti Gardenia
- Sos cili
- Sosej
- Jejari Ketam
- Tomato
- Cheese
- Cili Benggala Hijau
- Mayonis
- Sos Salad Thousand Island






Cara Buat:

  1. Mula mula sekali rebus sosej dan juga jejari ketam. Aku memang selalu rebus kalau guna sosej dan jejari ketam. Kalau tak nak rebus pon takpe. Rebus lagi sedap. Hehehe..l
  2. Potong sosej, jejari ketam, cili benggala hijau dan juga buah tomato.
  3. Susun roti gardenia kat dalam pinggan pastu sapu roti dengan sos cili dan juga sos tomato.
  4. Susun sosej dan juga jejari ketam, pastu susun sekali tomato dan juga cili benggala hijau. Kalau rasa nak letak topping lain lain boleh jer letak takde masalah. Tapi aku letak yang ada kat dalam peti ais jer, Mana yang ada aku letak.
  5. Dah siap semua susun susun tu letakkan sos salad thousand island dan jugak mayonis.
  6. Pastu letak satu lapisan sosej dan jugak jejari ketam lagi sekali. Ha aaa aku suka letak topping banyak banyak. Al maklum la buat sendiri. Tak nak jadik kedekut hahahaha. Selagi boleh letak, letak jer laaa.
  7. Akhir sekali letakkan cheese. Sekeping lagi baik. Nanti boleh tengok cheese meleleh leleh. Sedapp ooo.- Dah siap letak segala topping kat atas roti, masukkan kat dalam pemanggang ajaib dan bakar dalam 10 ke 15 minit dengan api sederhana. Kalau bakar guna api besar alamaknya hangus rentung la roti korang.
  8. Agak agak dah masak,angkat dan terus makan masa tengah panas. Lagi sedap dengan cheese yang meleleh leleh gitu. Terasa hingga ke tekak paling jauh nunn. Hahahahaha tu tandanya sedap sangat la tu.

Resepi asal di sini Pizza Roti Gardenia Sedap Dan Mudah

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Replies
    1. boleh guna kuali biasa je aray. then tutup kuali tu

      Delete
  2. Mudah.. nanti boleh try... thanks sharing.

    ReplyDelete
  3. Wah, cara mudah untuk buat piza.

    ReplyDelete
  4. Wah lain dari yang lain ni.. nampak cam mudah je.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  5. kreatif betul awak orang semua..

    ada baiknnya PKP ini

    ReplyDelete
  6. saya pun buat pizza guna roti gardenia jer. senang.

    ReplyDelete
  7. Senang nya. Cheese tu guna yg jenis sekeping saiz 4 segi tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tuah tu cheddar cheese. terpulang kalau nak guna mozarella pun sedap. campur pun sodap

      Delete
  8. sedapkan kan.. senang aje nak buat boleh la prepare untuk moreh atau sahur

    ReplyDelete
Previous Post Next Post