7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang. Siapa suka ayam panggang kat sini cuba angkat tangan. Ayam panggang adalah menu kesukaan ramai tak kira dari budak sehingga orang dewasa pun semua suka. Kat sini mama nak senaraikan 7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang.
Di Kajang memang terdapat restoran dan kedai makan best-best. Kalau korang nak cuba menu ayam panggang boleh cuba yang mama senaraikan di bawah ni:
7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang
1. Ayam Bakakak di Restoran Cibiuk
Gambar credit dari Cibiuk
Nampak sedap sangat ayam ni.. Cibiuk adalah restoran yang menghidangkan makana Sunda dan salah satunya adalah ayam bakakak Ni. Kepada orang Kajang yang nk cuba boleh rujuk alamat di bawah:
Restoran Cibiuk
Alamat: No, 1-G, Jalan Putra 6, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor.
Masa perniagaan: 11am – 11pm (Sabtu – Khamis), 2:30pm – 11pm (Jumaat)
2. BP Cendol & Nasi Beringin Ayam Bakar
Gambar dari FB BP
Kalau korang penggemar cendol dan ayam bakar maka senanglah sebab korang boleh makan kedua-dua menu kegemaran di restoran ni. Tengok sos tu aduh memang sedap dimakan dengan nasi kan. Alamat seperti di bawah:
BP Cendol dan Nasi Beringin
Alamat: Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor
3. Nasi Dulang Arab Ayam Grill di Nasi Kukus KakMa - Bandar Teknologi Kajang
Alahai sedapnya ayam grill dimakan bersama nasi Arab. Tentu saja terasa kelainannya kan. Selain dari Nasi Arab korang boleh Cuba nasi Arab kambing serta nasi kukus kat sini. Kalau nak ke sini boleh refer alamat di bawah ni:
Nasi Kukus KakMa
Alamat: 12, Jalan 3/1, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor4. Nasi Ayam Bakar di Mambang Ayam Bakar
Bagi penggemar nasi ayam bolehlah korang cuba nasi ayam ayam bakar dari Mambang Ayam Bakar ni. Ramai puji sedap dan penyediaan ayam bakar ni memang special dimana purely dibakar tanpa direbus dulu ayam tu. Jadinya rasa dia lebih sedap. Kulit ayam dibuang siap-siap maka tiadalah lemak berlebihan kan. Kalau nak beli korang kena buat tempahan online boleh hubungi no di bawah:
Mambang Ayam Bakar
Alamat: Jalan Desa Pinggiran Putra 4a, 43000 Kajang, Malaysia
No tel: 013-758 4060
5. Ayam Panggang Kenny Rogers di Metro Point Kajang
Apa salahnya sekali sekala makan di restoran fast food Kenny Rogers ni. Contohnya hidangan Kenny's Quarter Meali memang menyihatkan. Ada Rotisserie-roasted 1/4 chicken bersama 3 side dishes & 1 Kenny's Home-made Muffin yang sedap. Alamat seperti di bawah:
Kenny Rogers ROASTERS Metro Point Kajang
Alamat: Lot G-06, Ground Floor, Metro Point Complex, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor
6. Satay Sedap di Satay Willy Kajang
Istimewanya satay Willy ni ialah satay yang dibakar menggunakan dapur arang dengan rempah istimewa untk memastikan keunikan rasa setiap sajian. Alahai sedapnya satay ni. Alamat satay Willy Kajang seperti di bawah:
Satay Willy Kajang
Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor.
7. Ayam Bakar di Big Bro Grill & Chop Kajang
Sesiapa yang suka lamb chop or chicken chop grill boleh cuba makan di sini. Nampak sedap sangat Makanan kat restoran ni sampai buat mama terasa nak pergi sini. Boleh dicuba nanti. Alamat seperti di bawah ni:
Big Bro Grill & Chop
Alamat: Winnie Plaza, Jalan Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor
Setakat inilah saja senarai 7 Menu Ayam Panggang Wajib Cuba di Kajang. Kalau taknak pergi ke restoran (yelah, zaman sekarang Ni kan kena waspada dengan serangan virus Covid-19), korang boleh je guna servis Fast Food Delivery Malaysia by Foodpanda kerana terdapat restoran di atas yang ada delivery melalui Foodpanda. Senang je kan.
Tags
FOOD
sedappnyaaaa
ReplyDeletemenu menarik kan
DeleteSedap2 semuanya.
ReplyDeletesemua org suka ayam panggang kan
DeleteTeringin nak cuba..jauhlah pulak
ReplyDeletekalau lalu sini boleh lah singgah kan
Deletelamb chop tu !
ReplyDeleteadoi mama pun terliur ni haha
DeleteKalau dekat sekarang pergi ni
ReplyDeletehaha sabar cikgu kalau lalu kajang bolehlah singgah
Deletemudah kan ada review mcm ni kat bandar yg kita duduk.
ReplyDeletemama listkan senang nanti nak refer bile ke sana lagi hihi
DeleteSate Willy sedappp. Dah beberapa kali repeat jugak 😀
ReplyDeletesate willy kat shah alam pun ada mama penah makan.. mmg sodap oo
DeleteSatay willy tu memang sedap. Pernah cuba :)
ReplyDeletemmg sedap kan
Deletefuh semua nampak sedap
ReplyDeleteWah.. menarik semuanya... Boleh la book hotel kat Kajang ni... Singgah sebelum balik kampung..hehe
ReplyDeleteboleh maria.. kalau duk area bangi pun dekat aje ni
Deletenapela jauh bebeno kajang tuh hehehhe... menggoda betul semua ayam2 tu
ReplyDeleteSuka 😁😁
ReplyDeleteSatay willy memang selalu jadi pilihan.. Sedap pun sedap...
ReplyDeletesedapppnyaaa
ReplyDeleteramai yg suka satay.. mama suka semuanya hihihi
ReplyDeletesatay willy tu memang sedap...
ReplyDeleteMengancam semua menu tu..
ReplyDelete