Sejak PKP mama tak pernah makan kat luar tau. Biasanya mama akan masak di rumah dan kalau teringin sangat mama akan order melalui Foodpanda atau Grabfood. Masa PKPB mama ada juga 2 kali pergi kedai mama beli laukje. Tu pun terasa takut giler.. Ni mama nak cerita First Makan Luar Sejak PKP di Restoran Kambing Bakar Kontena.. Bukan sekali tapi 2 kali tau kami pergi sini. Setakat ni mama tak pergi makan tempat lain lagi kalau makan luar. Bila keadaan sudah semakin baik bolehlah mama booking homestay dan berjalan makan angin pula.
Masa mula-mula tu mmg rasa takut nak makan luar tapi kalau ikut peraturan mmg dah boleh. Cuma mama je yg rasa takut2.. Mama pernah makan di sini dulu. Boleh baca kat sini Kambing Bakar Sedap di Restoran Kambing Bakar Kontena Setia Alam Shah Alam Selangor atau boleh juga baca Repeat Makan di Saudagar Kambing Bakar Shah Alam, Jom Tengok Menu Baru. Jom tengok apa yang kitaorang order.
Menu baru.. nasi kambing madu. Alhamdulillah bolehlah anak mama makan sebab menu ni tak pedas. Kalau set kambing bakar yg biasa sos dia amat pedas
Carrot susu air untuk mama
Harga utk 3 beranak. Alhamdulillah puas hati dpt juga kami mengambeng..
Menu baru dan harga nasi kambing madu, nasi sotong giant dan nasi ayam penyet cheese
Korang jgn terkejut, kami dtg lagi kali kedua ke sini minggu berikutnya.. Kali ni bawa MIL Pula.. Kemaruk kan..
Visit Kali Kedua
Kali kedua kami ke sini syarat dah mula dilonggarkan oleh kerajaan. Dah boleh bawa budak kecil dan dah boleh duduk ramai dalam satu meja.. Kami order menu biasa kami la..
Kami order menu Yang Sama Cuma Ada tambahan icecream bucket ni. Kami beli perisa coklat memang berbaloi makan 4 orang. Jangan mqkan 3 orang confirm korang xkan habis. Mama Rasa 5 orang mqkan ni just nice.
Ni la harga utk 4 orang makan
OK tuje la nak citer.. babai
original post 8/9/2020
Tags
FOOD
Sedapnya air carrot susu.
ReplyDeleteassalamualaikum... hi everything! ;-) sihat ke tu? maaflah... baru laa ni dapat memunculkan diri. bukan sebab kuarantin tapi... err malaslah nak cakap hahaha... tak tau nak cakap apa. just harap lepas ni kita dapat bertegur sapa lagi macam dulu2... jgn lupa jenguk2 blog sy tu. sy dah bersihkan segala habuk dan sawang2 hahaha...see ya!
ReplyDeletesedapnya mama, kak ana belum lagi makan di luar sejak PKPP ni :)
ReplyDeletekambing madu tu tempting nyaaaaaaa
ReplyDeletewaduh kak, kambing bakar dia dengan sup kambing tu alahai, nampak sup tu pekat melakat
ReplyDeleteHalah.. halah.. nak kena wat trip gi sini pula lepas nie.. sedapnya kambing tu..
ReplyDeletePeminat kambing wajaib cuba makan sini kak. Ana tggu baby besar baru berani nk bawa makan luar.
ReplyDelete