Assalamualaikum semua.. harini mama nak share Resepi Coney Dog ala A&W tu. Tetiba teringin nak buat sendiri selepas mama beli sosej di Aeon Big beberapa minggu lepas. korang penah buat sendiri tak? Sedap tau coney dog home made ni siap dapat pujian dari en hubby lagi. Jom tengok Resepi Coney Dog ala A&W. Selain aktiviti bercuti bersama keluarga, aktiviti masak-makan juga sama seronok dibuat bersama keluarga. Korang tau tak, sekarang trend menetap di homestay lebih menjadi pilihan berbanding hotel, ya..
Baca juga
Selepas makan ni en hubby cakap kuah coney dog ni sedap juga kalau dimakan bersama spaghetti. Macam ala spaghetti bolognaise tu. Lain kali mama nak cuba pula la... Jom kita tengok resepi.
Resepi Coney Dog ala A&W
Resepi Coney Dog ala A&W
Resepi ni untuk 12 biji Coney dog
Bahan-bahan:
Roti hotdog - belah tengah dan kukus 1 minit
Sosej- kukus 5 minit
Sebiji bawang Holland besar potong dadu
2 biji tomato - dicincang
5 biji bawang putih - dicincang
1 bungkus ayam/daging kisar
1 tin cendawan butang - hiris nipis
2 sudu besar cili kisar
7 sudu besar tomato sos
5 sudu besar cili sos
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
5 sudu besar serbuk kari
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Topping
1 biji bawang Holland di potong dadu
Cara-cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga air daging agak kering
4. Masukkan tomato dan cendawan butang
5. Masukkan sos cili, sos tomato, serbuk kari, serbuk jintan manis dan blackpaper
6. Letak air dan masak sehingga kuah agak pekat.
7. Perisakan dengan gula dan garam. Maka siaplah kuah Coney dog kita
Cara hidang
1. Ambil sebiji roti dan letak sausage di bahagian yang di belah
2. Letak kuah Coney dog ke atas sausage tadi
3. Letak bawang hollland yang dipotong dadu di atas nya. Sedia untuk dimakan.
Boleh juga letak ikut apa yang korang suka as topping macam yang kitaorang buat tu. Boleh letak
cheddar cheese, cili merah, pickle, parmesan etc. Ikut la selera korang ye
Tags
Resepi
Sedapnya. Sejak PKP lama dah tak menjengah A&W. Boleh la cuba resepi ni
ReplyDeletewaduh kak... mantap menengok nya tuh kak oi... kene cuba jugak nih
ReplyDeleteWah, puas ni sebab topping ikut selera sendiri, nak banyak mana pun ikut selera sendiri
ReplyDeleteWah menarik ni! insyaAllah boleh try wat nanti. tq share resipi :)
ReplyDeleteWah,enak..boleh suruh org rumah buat ni
ReplyDeletesedapppnyaaaa
ReplyDeleteFuhhh terbaik. Nampak sedap betul ni. Next time nak cuba buat jugalah.
ReplyDeletebuat sendiri mmg lagi puas hati. mama guna sosej biasa tapi kalau guna yang jumbo lagi power
ReplyDeleteWah.. sedapnya mama.. memang puas hati kalau buat sendiri ini..
ReplyDeletewah.. tengok je dah tau sedap :)
ReplyDelete