Resepi Udang Goreng Nestum

Resepi Udang Goreng Nestum. Tak ingatlah manu hari ke berapa mama ada makan udang goreng nestum ni. Ni baru mama sempat nak share Resepi Udang Goreng Nestum. Mudah aje buat ni dan tentu sekali sedap lebih-lebih lagi kalau udang tu fresh. Seronok kalau dapat pergi bercuti di tepi jeti tempat nelayan turunkan hasil tangkapan kan. Beli dari mereka dan masak di homestay yang ada kemudahan alatan memasak tentu seronok. 

Jom kita tengok Resepi Udang Goreng Nestum..




Resepi Udang Goreng Nestum


Bahan-Bahan:

1/2 kg udang 
1 tangkai daun kari
3 sudu besar butter/mentega
5 ulas bawang putih - dicincang halus
3 biji cili padi 
3 sudu nestum
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:

1. Udang dibersihkan dan dikopek kulit bahagian kepala.
2. Letak garam dan sedikit serbuk lada sulah ke dalam udang, gaul sehingga sebati dan perap seketika
3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga bertukar warna keemasan.Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dalam kuali lain dan masukkan butter/mentega.
5. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau
6. Masukkan nestum.
7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sebati. Matikan api. Nestum jangan dipanas lama-lama dalam kuali. Cepat-cepat kacau dan tutup api.
8. Siap untuk dihidang.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Macam-macam resepi sekarang ni..Inovasi..mesti sedap

    ReplyDelete
  2. Wah, macam sedap jea, tak pernah pulak saya try guna nestum.. Boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  3. kiranya macam menu udang butter cuma ini tak boh susu cair ye kak tapi tukar dgn nestum... boleh try ni sebab kat rumah ada udang jugak

    ReplyDelete
  4. Saya buat aritu guna resepi lain terlebih mentega, melekit-lekit jadinya..tanak buat dah..haha

    ReplyDelete
  5. nampak sedap. lain kali boleh la try masak.

    ReplyDelete
  6. Nampa sedapnya. Selalu goreng tepung ngan kunyit je.

    ReplyDelete
  7. Sedap ni rangup. Oleh kerana kami jarang ada nestum kat rumah, jarang buat. tapi kalau kebetulan beli nestum, memang kami buat menu ni

    ReplyDelete
  8. Perghh....macam sedapppp je.... ni yg nak cari nestum ni...udang dah beli kelmarin

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap ni. Tak pernah cuba lagi tambah nestum.

    ReplyDelete
  10. rasa dia crunchy dan sedap. cuba laa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post