Dilema Anak Belajar Online Di Rumah di Musim PKPP

Dilema Anak Belajar Online Di Rumah di Musim PKPP. Sejak sminggu ni anak mama dah mula belajar secara online di rumah. Seminggu sebelum tu cikgu dah share jadual waktu kelas dan beritahu link pembelajaran akan diberi 15 minit sebelum kelas bermula. Setiap subjek akan diberi link Google Meet yang berlainan. Tapi korang tau tak, sebagai seorang parent mama dan anak mama sendiri menghadapi Dilema Anak Belajar Online Di Rumah di Musim PKPP ni.







Kat sini mama share beberapa siruasi yang mama sendiri alami sepanjang 4 hari ini ye. Sekadar berkongsi dan selepas 2-3 rahun bolehlah mama baca balik post ni dan gelak sendiri.. Kalau nak tau nape mama gelak korang kena baca sampai situasi ke 4 kat bawah ni..

Ni jadual mass lecture yang akan dilalui anak mama sepanjang PKPP ni. Selepas 2 minggu iaitu 15 Julai 2020 ni sekolah akan mula beroperasi, mama harap proses pembelajaran anak-anak semakin mudah

Situasi 1

Sebenarnya serabut juga dalam grup whatsapp sekolah bila ramai juga dikalangan ibu bapa sorang.. sorang.. whatsapp bgtau anak mereka x dapat join meet sebeb cikgu tak approve lagi. Mama faham cikgu pun tengah sibuk mengajar, macam mana nak accept lagi anak murid punya request kan. Especially mass class sebab ramai penyertaannya dari murid tahun 1-6 tu. Bayangkan berapa orang.
Kesian cikgu.. tapi apakan daya memang kena hadapinya lakan

Situasi 2






Situasi dimana anak di rumah dan mak paknya pula di office. Bila ada sebarang masalah seperti tak dapat join meeting, cikgu akan suruh join by call atau minta anak murid buar pelbagai cara contohnya change user, etc. Mama sendiri hadapi masalah sebab tapi anak mama bukan sampai tahap pandai troubkeshoot masalah yang rumit. Ada masanya mama terpaksa pasrah aje skip kelas. Dah memang tak boleh nak tolong dia dah. Mama kat opis, dia kat umah huhu..

Situasi 3

Situasi yang agak mengganggu mama di office. Biasalah bila di tempat kerja ada masanya kita terlibat dengan training, entertain customer atau meeting/discussion. Di office mama ni pula line maxis tak berapa clear so kadang-kadang terlambat baca whatsapp yang cikgu bagi link. Maka berlakulah episod ulangan bila anak mama dok call minta link. Serba salah dibuatnya

Nampaknya ramai juga yang hadapi masalah ni sampai ada parent bagi suggestion macam ni.

Situasi 4

Situasi ni sangat sadis ok. Sekiranya berlaku sesuatu yang tak diingini di rumah, maka mak ayahnya terpaksa balik rumah untuk rescue... sama macam yang mama hadapi harini. Terkejut juga tetiba terima call emergency dari anak mama..

Haha.. Rupanya anak mama terkunci bilik dan tak dapat masuk bilik.

Ceritanya begini, selepas habis kelas pukul 11 pagi, dia pergi ke toilet untuk membuang apa yang sepatutnya.. tapi bila nak masuk balik dalam bilik rupanya pintu bilik terkunci tanpa sengaja. Bila dicari kunci spare tak jumpa pula. Dah le lagi 10 minit kelas akan bermula. Mama tak dapat lah nak balik rumah maka mama suggest dia guna handphone atuk untuk masuk google meet. End up sampapi sudah tak dapat masuk. AKhirnya tak dapat la anak mama nak join kelas tu harini..

Memang kelakar bila dikenangkan. Tapi mama memang appreciate usaha dan jerih perih cikgu-cikgu yang bertugas. Bukan senang nak buat kelas online kan. Memang banyak pancarobanya.. Apapun inilah jadi kenangan belaar dimusim PKPP.. Rare kan

Situasi 5

[update 6/7/2020] Ini baru terjadi, semalam hujan lebat beserta ribut petir menyebabkan elektrik kat rumah mama trip 2 kali. akibatnya modem kat umah terbakar dan tak boleh ON langsung. So, harini anak mama try access google meet guna data hp dia. Data pula slow.. bertabahlah anak oii


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. kikikiki... norma pembelajaran baru... at least, anak-anak dapat belajar perkara baru...

    ReplyDelete
  2. Banyak cabarannya belajar di rumah ni. Mama sorang anak, PH ni 3 anak. Triple lah masalah/cabarannya :D

    ReplyDelete
  3. betul mama, bkn mudah..shida sendiri pn manage kelas online tahu mcm rasanye huhuu

    ReplyDelete
  4. At least anak mama ada gak usaha nak join kelas maya. Mcm anak2 murid sy dari kelas belakang tu memang x join langsung sbb malas.

    ReplyDelete
  5. Betul, insyaallah kita akan gelak balik bila baca semula nanti haha

    ReplyDelete
  6. Takpe. Akhir bulan ni dah boleh join kelas macam biasa.

    ReplyDelete
  7. Cabaran akk pulak pd peeingkat awal tu susah nak join gc, tapi bila cikgu bagi link kpd yg tak boleh ikut gc, maka ofkoslah senang ikut link jer..tapi masalah yg tak kurang besar bila nak suruh anak buat h/work, faham2lah bila dah lama cuti kan.

    Hihi..kelakar plak bila baca cerita anak mama terkunci tu.

    ReplyDelete
  8. tulah kan kak... memang agak susah nk join kelas online nih... kadang ada halangan yang tak dapat di atasi sebab mak pak dah mula kerja anak lak dirumah atau di rumah pengasuh, kadang kerja di beri pada grup sekolah yg ada nombor mak pak, macam aiyan lagilah kene tunggu papanya balik baru buat... tapi nasibla dia takde kelas online cuma ada tugasan kalau tak memang payahla

    ReplyDelete
  9. the moment which will always remember

    ReplyDelete
  10. Cabaran tu..tapi ada juga mak bapak atau murid yang left group..haa.Saya sendiri sebenarnya tak berapa suka kelas online ni..sesekali boleh kot

    ReplyDelete
  11. sy berasakan halangan, cabaran, dugaan, etc sebegini dpt membuka minda dan mata ibu bapa khususnya mereka yg jenis lepas tangan (dlm bab memdidik/beri pendidikan/ilmu) agar lbh menghargai jasa guru2 yg 'berperang' di sekolah demi membentuk anak bangsa. bukannya tahu marah, maki hamun cikgu bila anak-anak ada masalah atau tuding jari salahkan pihak sekolah pd hal.............

    ReplyDelete
  12. ada hikmah disebalik apa yang berlaku. contohnya ibu bapa lebih menghargai guru2 dan terasa betapa pentingnya menuntut ilmu. semoga semuanya yang baik2 dapat diambil dari peristiwa ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post