Lunch Di Kedai Kak Cah Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak

Kami Lunch Di Kedai Kak Cah Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak ni semasa hari kedua berada di Pulau Pangkor. Pada awalnya kami nak pergi trip island hopping and snorkeling tapi apakan daya hujan selebatnya dari malam sehingga awal pagi. Maka terpaksalah mama cancel plan. Selepas cuaca dah reda barulah kitaorang keluar itu pun ada renyai-renyai sikit. Memasing dah lapar so kita Lunch Di Kedai Kak Cah Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak dulu. 







Seperti yang mama cerita sebelum ni memang banyak kedai makan di Teluk Nipah. So, kami berjalan-jalan dulu tengok deretan kedai dan bila sampai kedai Kak Cah ni nampak best pula sebab boleh tengok pantai sambil makan.. Jom tengok antara menu yang kitaorang pilih

Menu Pilihan di Kedai Kak Cah

Inilah antara menu kami semua..

Nasi goreng  ayam merah pilihan mama. Ingatkan nak makan daging masak merah tapi takde pula menu daging haritu. Boleh tahan sedap dan potion dia pun banyak

Nasi goreng seafood pilihan mak mertua. Selalunya nasi goreng seafood dicampurkan seafood nasi goreng tu kan. kali ni rare sikit sebab di asing macam ni. not bad

Nasi Goreng ayam. sedap juga ayam ni

 Sotong goreng tepung sedap RM 25. Kami makan ramai-ramai. Sedap tau

 Laksa Perak. Laksa yang sedap. Rasa dia macam laksa utara

Kue Teow Hailam pilihan adik ipar

Overall makanan kat sini memang rich dengan rasa. Cuma bagi mama yang tak kuat masin ni, mama terasa makanan dia agak masin tapi bukanlah kategori terlampau masin. Masih boleh dimakan tapi rasa dia pekat lah. Kalau makan makanan yang pedas boleh juga minum susu untuk kurangkan rasa pedas, tapi kalau dah terasa masin alamatnya kena minum air kosong lebih sikit lah.








Menu & Harga di Kedai Kak Cah

Ni menu dan harga di kedai Kak Cah..





Sambil makan boleh layan pemandamgan pantai. Sebab ni lah kami makan kat sini. Lagipoun sesuai utk rombongan besar macam kitaorang ni. Selain tu ada juga jual kuih muih. Nampak sedap juga cekodok pisang yang dijual.


Apa yang Menarik Tentang Kedai Kak Cah

Pertama sekali tentulah mama suka layanan yang diberikan pekerja di sini. Pekerja sangat peramah, dan sabar melayan kerenah kami yang ramai ni. Siap bagi tips cara macam mana tak kena tipu kalau makan di kedai makan. Pekerja sini juga amat helpful dan tak berkira dalam membantu kami. Disebabkan kami nak jalan2 ronda Pulau PAngkor naik van pink selepas makan, maka diberinya pinjam motor dia untuk adik ipar mama cari van pink. Very nice.

So, kalau korang ke Pulau Pangkor jangan lupa singgah sini tau.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. sotong goreng tepung !! fevret..
    wajib makan menu2 seafood ni kan kalo p tepi laut.. pulau2..

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. sedapnya paprik ayam..

    ReplyDelete
  3. Tetiba rasa lapar, terutama tengok nasi goreng tu

    ReplyDelete
  4. lama sgt tak ke pangkor..teringin pegi plak tibe2 hehee..sedap makanan semua tu..

    ReplyDelete
  5. Sedap plak tgk semua menu mama sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. Not bad pilihan makanan dan harganya..
    Lama tak jejak kaki ke Pangkor ini..

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa nasi goreng ayam merah

    jgn lupa blogwalking my blog

    ReplyDelete
  8. semua makanan nampak sedap.. boleh saya pergi sebab next week saya akan pergi Teluk Nipah

    ReplyDelete
  9. Baru pegi kedai nie 27/3/2022...ada lipas dalam sambal sotong..bila kita bgtau ada lipas..owner kedai xlayan..buat xtahu je..xde action dr owner..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post