Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaaat penuh keberkatan. Seronok sangat kalau diri kita ini didoakan yang baik-baik kan. Apatah lagi jika malaikat yang doakan kita. Jom baca Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa.
Belanja gambar sunset di Pulau Pangkor sekejap
Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan atau tanpa pengetahuannya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya) tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita. Buat masa ini minta tolong korang doakan mak mertua mama yang baru didiagnos menghidap ostheorthritis. Kesian dia susah nak berjalan. Bila lihat keadaannya buat mama insaf dan mula mencari susu untuk menguatkan tulang mama.
Sumber: 1 hari 1 hadis
Tags
ISLAMIK
Salam Jumaat Kak Adda..
ReplyDeletePerkongsian yang bagus.. Terima kasih..
terima kasih Mama. didoakan semua yang baik-baik untuk Mama sekeluarga aaminn…..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian mama
ReplyDeletenice info....
ReplyDeleteThanks for the sharing!! =)
ReplyDeleteJusteru tidak salahlah jika sentiasa diingatkan supaya cakap yang baik-baik..doakan yang baik-baik supaya kebaikkan itu kembali kepada kita kan kak.Aamiin.
ReplyDeleteAamin...jom sama2 berdoa
ReplyDeleteAamin
ReplyDeleteSaling mendoakan yang baik2
betul tu..doakan org lain dlu sblum doakan pd kita
ReplyDeleteJanganlah kita berhenti meminta kepadaNya <3
ReplyDeleteinshAllah..terima kasih mama..
ReplyDeleteTerima kasih kak
ReplyDeletebenar.. hari2 kita doakan saja secara rawak..
ReplyDeletemungkin ada antara ahli2 keluarga n sahabat yang dalam kesusahan..
kita doakan jadi mudah.. mudah2an urusan kita juga dipermudahkan..
ameen. terima kasih kongsi =)
Semoga bermanfaat buat Kita semua.. jommamalkan
ReplyDelete