Menanam Mampu Memberi Kesihatan Rohani Dan Jasmani - 6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Menanam Mampu Memberi Kesihatan Rohani Dan Jasmani - 6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu. Sejak mama mula menanam pokok ni memang terasa sedikit berbeza pada diri mama. Mungkin salah satunya disebabkan aktiviti bercucuk tanam ni. Menanam Mampu Memberi Kesihatan Rohani Dan Jasmani - 6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu.







Walaupun sekarang ni mama dah mula bekerja dan semakin kurang masa untuk spend dengan pokok-pokok tapi setiap kali nak keluar rumah dan setiap kali balik kerja mesti mama akan singgah dan "menegur" pokok-pokok mama.   

My small garden. Setelah 40 tahun hidup akhirnya dapat juga mama merasa kemanisan menanam pokok walaupun masih lagi noob dalam perkara ni..


Menanam Mampu Memberi Kesihatan Rohani Dan Jasmani - 6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu 


Hadirnya tanaman ini bukan sekadar sebagai pelengkap gaya tetapi ada beberapa perkara yang tidak disangka hadir tanpa kita sendiri sedar. Antarnya adalah:

1. Tanaman mampu menyerap aura negatif 
Aura negatif di dalam kediaman hadir dari diri kita sendiri di mana emosi yang tidak stabil di bawa dari luar bersama ketika pulang. Ada jugak aura negatif yang datang disebakan kedudukan atau orintasi kediaman yang tidak berada dalam keadaan yang baik. Bunyi macam tahyul kan. Tapi itu lah hakikatnya.

Apabila aura negatif ini tidak terbebas dari kediaman, jadilah kita asyik nak bergaduh, rasa tidak selesa di dalam rumah dan sebagainya. Sebab itu wujudnya pelbagai kaedah terapi untuk kediaman. Bukan diri jer perlu diterapi rumah pun tau. Terdapat beberapa langkah untuk membebaskan aura nagatif ini. Salah satunya yang paling mudah adalah dengan menggunakan tanaman.

2. Membekal oksigen 
Memanglah sebatang pokok kecil tidak berupaya memberi oksigen mengikut keperluan harian anda. Namun paling tidak anda membantu dalam melestarikan persekitaran kediaman dan menjadikan ruang lingkup anda lebih sihat. Secara tidak langsung, kadar Karbon dioksida yang terkandung di persekitaran anda dapat dikurangkan daripada tak ada langsung pokok kan.







3. Mengurangi alergi dan asma 
Sebuah kajian dari University of Agriculture di Norwegia telah berjaya membuktikan bahawa tanaman dapat membantu mengurangkan kadar dan gejala alergi. Tanaman meningkatkan kadar kelembapan dan secara tidak langsung berupaya mengurangkan debu di dalam kediaman.

4. Memepercepatkan pemulihan 
Jika merancang melawat pesakit, anda digalakkan untuk membawa jambangan bunga atau lebih elok tanaman hiasan yang bersaiz kecil. Kenapa? Seperti yang diperbincang, tanaman tadi berupaya menyerap aura negatif. Orang yang sedang sakit, mereka di kelilinggi dengan aura negatif. Jika aura negatif tadi tidak dibebaskan, memang lambat si pesakit untuk pulih. Adanya tanaman tadi, aura negatif dapat diserap dan proses pemulihan berlaku lebih segera.

5. Meningkatkan fungsi kognitif 
Dengan melihat tanaman yang segar dan daun-daun yang menghijau, ia mampu mempertingkatkan daya kognitif seseorang. Sebab itu, apabila mata dan otak kita letih, cuba lihat tanaman yang hijau dalam 1-2 minit. Otak akan mula berasa rehat dan tenang untuk menerima tekana yang berikutnya.
Kajian juga menunjukkan pelajar yang mengulang kaji dalam persekitaran yang mempunyai tumbuhan segar mempunyai keupayaan konsentrasi 70% lebih baik berbanding sebaliknya.

6. Tanaman juga bertasbih 
“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih memujinya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun Lagi Maha Pengampun.” (QS Al Isra 44) 

Semua makhluk di muka bumi sama ada nyata dan tidak, ia bertasbih memuji kebesaran allah termasuklah tanaman yang kita biakkan. Cuma, kita tidak faham baha yang di hasilkan oleh setiap hamba allah ni. Lebih banyak tanaman yang kita biakkan, lebih banyak tasbih yang dialunkan. Sebab itu, di dalam quran kita digalakkan untuk berucuk tanam.


Sumber : Site Karangkraf


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Memang banyak faedah berbudi pada tanah. Hobi baru ye mama. Have fun dan semoga dapat semua manfaatnya

    ReplyDelete
  2. dh suka menanam skrg ni.. tgk pokok subur dh happy.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak tanam sesuatu kat rumah ni. Tanam pokok dalam bilik aje la

    ReplyDelete
  4. bercocok tanam bisa menyehatkan dan menghindari dari ancaman covid19 karena termasuk olahraga gerak badan bisa tumbuhkan imun

    ReplyDelete
  5. Senang nak lena tidur malam dengan otak tenang.

    ReplyDelete
  6. Setuju lebih-lebih lagi beri oksigen dan udara segar.

    ReplyDelete
  7. itula kan blh jadi terapi.. saya enjoy bila pokok da berbunga..
    da keluar buah.. sebelum tu kasi orang lain jaga dlu eheh..

    ReplyDelete
  8. sebab itu wajar bercucuk tanam atau berkebun..

    agar kita dapat terapi minda dengan cara yang betul

    ReplyDelete
Previous Post Next Post