Miliki Sifat Santun dan Malu

Salam hari jumaat penuh keberkatan semoga kita semua baik-baik saja.. Mama nak share sedikit tentang sifat santun dan malu di dalam Islam. Sambil tu mari kita baca juga info menarik tentang susu ibu mengandung ni.







Pada mama, sifat santun Dan malu itu sangat indah sesama manusia. Apatah lagi jika sifat ini ada di setiap manusia sebagai seorang hamba Allah..



Miliki Sifat Santun dan Malu


حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا

Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah 'azza wajalla." Saya bertanya, "Sifat apakah itu?" baginda menjawab, "Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu." Saya bertanya lagi, "Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?" baginda menjawab: "Sejak lama." Saya berkata, "Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya." (Musnad Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih









Kesimpulan hadith:


1.  Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:

a.  Al-Hilm iaitu sifat santun, mampu menahan emosi atau tidak mudah marah
b.  Malu iaitu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada  perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian.

2.  Antara bentuk malu:

a.  Malu melakukan kejahatan seperti mengadu domba
b.  Malu kerana merasa lemah
c.  Malu kepada diri sendiri

3.  Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:

اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا  فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ

Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)

4.  Milikilah iman yang sempurna dengan memiliki sifat malu untuk berbuat dosa seperti dosa mengadu domba dan membuat fitnah.

5. Marilah kita miliki sifat hilm mampu menahan emosi atau tidak mudah marah dan malu yang dicintai Allah.


Sumber 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. semoga kita semua diteguhkan iman

    ReplyDelete
  2. salam jumaat mamapipi tuuu., ;p

    ReplyDelete
  3. Teringat kata-kata mak "Malu tak bertempat". Tempat yang sepatutnya kita kena malu, tapi kita tak malu. Tempat yang tak sepatutnya kita tak malu, kita jadi malu!

    ReplyDelete
  4. Santun dan malu, maksudnya sangat tersirat di sebalik apa yang tersurat!

    ReplyDelete
  5. Santun dan malu ada kaitan dengan iman dan akhlak kan.

    ReplyDelete
  6. semakin dewasa rasanya makin ada sifat tu.. kadnag2 kena pupuk dr kecil.
    n kadang2 Allah izin sifat ni datang sendiri..

    ReplyDelete
  7. Sifat santun dan malu ini patut ada pada perempuan

    ReplyDelete
  8. Kena selalu ingatkan diri sendiri

    ReplyDelete
  9. Sayangnya bila tengok media sosial sekarang seolah-olah tiada lagi makna kata malu itu... Semoga Allah letakkan kita dibawah lindungan rahmat-Nya

    ReplyDelete
  10. great sharing mamapp. take care ya

    ReplyDelete
  11. malu juga adalah tanda keimanan seseorang

    ReplyDelete
  12. Banyak hikmah di sebalik sifat malu dan santun tu kan.

    ReplyDelete
  13. Good sharing Adda.. semoga kita sentiasa perbaiki diri kita agar lebih baik dari sebelumnya kan..

    ReplyDelete
  14. semoga sama2 kita dapat jadikan panduan utk kebaikan kita

    ReplyDelete
  15. Peringatan yang ohsem.. TQ Kak Adda..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post