Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap Macam Kenduri Kahwin Punya. Air bandung soda mama ni agak lejen sebab ramai yang suka dan ramai yang minta resepi. Sedara-mara yang datang beraya siap minta resepi dan setiap tahun ada aje tanya mama macam mana nak buat sirap bandung sedap macam mama. Padahal mama rasa biasa aje cara buatnya hihiii. Mari mama kongsikan Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap. Kita share ilmu..
Sebenarnya mama buat sirap bandung soda ni hasil menuntut juga dengan sepupu mama iaitu seorang chef di Johor. Selain tu melalui pengalaman mama juga tanya-tanya pada orang yang buat air masa kenduri kawin.. Eh, jom la tengok resepi mama ni. Sedap tau. Boleh lah hidang semasa raya.
Resepi Air Sirap Bandung Soda Lejen Gerenti Sedap
Buat masa raya aritu atas permintaan
Bahan-bahan:
1 botol air aiskrim soda1 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Ais
Sirap
Cara-cara:
- Masukkan aiskrim soda dalam jug anggaran setengah jug. Mama guna jug tupperware 2 L.
- Masukkan sirap. Agak-agak kuantitinya sehingga air menjadi merah.
- Masukkan ais banyak2 sehingga hampir penuh jug. (Agak2 la ye sebab jap lagi nak letak susu cair pula). Ais kena letak banyak-banyak untuk mengelakkan sirap bandung kita tak emulsified (bergumpal-gumpal)
- Sambil kacau-kacau air dalam jug, masukkan sikit2 susu cair sehingga sebati habis 1 tin.
- Lepas tu masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau sehingga sebati. Garam ni yang akan membuatkan rasa sirap bandung tu lemak dan ada kick.
- Dah siap!! Senang aje.
Inilah menu wajib jika ada majlis berbuka puasa sesamaa family member mama. Diorang selalu request mama buat air ni.
Tags
Resepi
Memang sedap bandung soda..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat Mamapp sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin kak
DeleteSedapnya Adda.. lama tak minum sirap bandung..
ReplyDeleteSemalam umi buat sirap bandung
ReplyDeleteFuh, dia punya tajuk tu macam orang nak meniagalah mama :D
ReplyDeleteKita pun sirap bandung juga raya hari tu. Laku keras alhamdulillah.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ye Mama.
haha.. panjang yek tajuknya.. selamat hariraya maaf zahir batin gak ye ph
DeleteSedapnya, tambah plak laici kan...huiii..minum tengah panas2....
ReplyDeleteOrang Johor memang suka air ni kan. Kalau kenduri kahwin pun ada
ReplyDeletebetul sal.. sedap
Deletesaya tak minat sgt air bandung..tapi mcm tertarik nk cuba resipi mama ni...
ReplyDeleteFav ni Kalau dekat Ayam Penyet nama dia Soda Gumbira
ReplyDeletemaaf...ais itu apa ya
ReplyDeleteais tu air batu.. faham tak kalau cakap air batu pak? atau in english ice
Delete