Resepi Ayam Buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk. Mama nak share Resepi Ayam Buttermilk di blog mama ni. Sedap dan lemak-lemak ayam buttermilk ni kan. Kalau nak bagi budak makan boleh kurangkan cili api atau takyah masukkan pun takpe. 








Tapi kalau kalau ada rasa pedas baru lah tak muak kan.. Jom kita tengok resepi Ayam Buttermilk

Sedapnya.


Resepi Ayam Buttermilk

Ayam butter milk atau direct translation ayam mentega susu ni memang sedap dan menyelerakan.

Bahan-Bahan:


2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya








Cara-cara Memasak:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.


Cara-cara untuk kuah ayam buttermilk:
  1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Tips: Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran


Sumber: FB Loyang & Acuan

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Sedap ni. Cuma sesetengah orang tua tak suka. Dia kata tak sesuai makan dengan nasi. Tapi kami memang suka je lauk ni. budak2 pun suka rasa lemak2 sedap je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je.makanndgn Nasi..tekak.melayu mesti nak.makan dgn Nasi Kan

      Delete
  2. Sedapnya Adda.. lama dah Kak Sue tak masak resepi nie. Nanti boleh lah repeat balik resepi nie..

    ReplyDelete
  3. kesukaan anak2 kak ana ni buah ratah2 memalam kan mama :)

    ReplyDelete
  4. Favourite ni..tengok gambar pun dah tau sedap

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaa kejadiannyaaaaa itu.. dengan nasi panas ni sedap nyee =D

    ReplyDelete
  6. Sedap resepi ni, budak2 suka..bulan puasa baru ni anak dara akk 2,3x buat ni.

    ReplyDelete
  7. menu simple tapi sedap... cantik betul tengok menu yang akak hasilkan tu

    ReplyDelete
  8. Sedap ni! Tiap kali my mom buat memang licin! 🤣

    ReplyDelete
  9. sangat sedap dan boleh mengemukkan juga

    ReplyDelete
  10. Favourite ena ni. Mudah sgt masak. Lepastu makan pehhhh licin. Bahagian isi dada ni kalau kita pandai olah masak memang sedap

    ReplyDelete
  11. Guna resepi kak adda ni utk anak2. Hehehe tapi tak ada cili padi. Sedap pulak jadinya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post