Assalamualaikum semua.. mama nak share Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour atau Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis. Kebetulan masa pergi shopping barang dapur terjumpa ikan bawal emas terus terbayang nak masak sweet sour. Jom tengok Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour. Psst.. preggy mommies jangan lupa baca ni kenapa preggy moms perlu minum susu.
Mama beli 2 ekor je bawal ni tapi mama goreng sekor untuk anak mama dan sekor masak sweet sour ni.
Resepi Ikan Bawal Masak Sweet & Sour
Ikan bawal mama pakai blanket haha. Penuh dengan kuah. Mama sekeluarga memang kuat makan kuah tau..
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal (lumur dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak kemudian letak dlm pinggan)
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 biji tomato di potong kasar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Bahan dikisar :
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
Cara-cara:
1. Ikan lumur dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak kemudian letak dlm pinggan.
2. Minyak dari gorengan ikan tadi boleh diguna untuk menumis. Tumis bawang besar sehingga naik bau
3. Masukkan bahan kisar dan cili kisar. Masak hingga naik minyak
4. Letak sedikit air jika terlalu pekat.
5. Letak cili sos dan tomato sos diikuti dengan potongan tomato.
6. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh tambah lagi air sehingga mengikut kepekatan yang diingini
7. Masak sehingga mendidih dan tuangkan kuah ni keatas ikan dlm pinggan.
Siap!!
Mudah aje kan. Cepat pun cepat, lepas balik keje terus masak. Banyak masa mama sementara tunggu buka mama boleh masak lauk favourite lagi iaitu Sambal telur hancur hihi..
Tags
Resepi
Senang bangat resipi dia.. Selain ikan bawal, ikan apa lagi yg boleh masak guna resipi ni.. Ke tak kisah ikan jenis apa pun..
ReplyDeleteBoleh aje guna ikan lain fiezz.. bawal, siakap, sedap .. kembung pun boleh kalau nak
DeleteSimple, tapi sedap ni an, nenek saya selalu buat dulu masa saya kecik2 :)
ReplyDeleteMy favvv food ni. Dulu my mum selalu masak lauk nii sedappp sgtt
ReplyDeletesedap ni... tetiba rasa nak buat malam ni...
ReplyDeletesedap ni. kalau ada ikan siakap terus rasa nak makan sweet sour..hahaha ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletekan
DeleteSelalu ikan siakap masak sweet sour ni
ReplyDeleteSedap ni. Kami sesekali beli bawal memang buat sweetsour. Sedap
ReplyDeletesedap kak, ini lah menu paling sesuai masak ikan bawal kan...
ReplyDeletesedapnya..
ReplyDeleteResepi kak adda pun nampak mudah dan tak banyak bahan..
Masa zaman kanak2 cukup seronok bila mak masak lauk hidangan ikan bawal sweet and Sour ni.
ReplyDeleteIkan bawal harga sama standard dengan ikan tenggiri di Sabah.
Ikan bawal mmg sedap buat masak gini
ReplyDeletelauk ni fav sy. makan tiap2 hari pn x apa. tp kopak laa kalu mkn tiap2 hari... sebln sekali ok laa hehehe
ReplyDeleteAihhhh nampak rupa visual dia pun dah mengancam apatah lagi rasanya kan? Hahahhaa
ReplyDeletelama da x makan ikan bawal..
ReplyDeletefevret part kat ekor dia tu dapppnye =D
masakan ni feveret semua org. ikan tu boleh aje tukar kpd ikan lain. ekor ikan bawal memang sedap kan. krup krap aje makan hihi
ReplyDelete