Satay Sedap Di Shah Alam - Satay Sobihana di Taman subang Impian, Selangor. Kalau korang baca blog ni tentu korang tau mama ni memang penggemar satay. Dikalangan kawan-kawan sendiri sampai ada yang minta rekemen satay mana yang sedap area Shah Alam ni. So, meh mama nak rekemen Satay Sedap Di Shah Alam - Satay Sobihana di Taman subang Impian, Selangor.
Korang pernah makan tak Satay Sobihana ni? Kalau belum makan mama suggest korang rasa dulu satay ni. Memang sedap sampai mama berani rekemen tau..
Satay Sobihana
Mama sekeluarga makan di sini sebagai breakfast. Breakfast? Haa.. korang jangan pelik. Kalau di Muar memang kami selalu breakfast satay di kedai makan. Sekali dengan Mee Rebus Muar. Fuh.. sedapnya. Disebabkan lama tak balik Muo mujur juga ada satay yang dijual pagi hari di area Shah Alam. Terubat juga rindu kampung halaman..
Satay Sobihana.. Alahai tetiba terasa nak repeat la pulak. Rasa satay ni memang cukup serba serbi. Patutlah sedap rupanya ia dibuat dari perapan istimewa dibuat dari scratch oleh pemilik kedai ini.. So far, inilah satay yang paling mama suka. Tak terlalu manis macam satay di muar (sangat manis) dan rasa dia kaww.. Paling best ialah lemak ayam tak banyak dalam ni. 90% adalah isi saja.. Makan beberapa cucuk pun dah kenyang. Lawankan dengan air susu yang sedap lagilah penuh perut.
Kuah kacang dia pun sedap dan pekat. Tak terlalu pedas sesuai untuk tekak anak mama yang tak suka pedas. Terasa macam kuah kacang tradisional pula..
Satay Sobihana Frozen & Delivery ke Rumah
Kalau korang tak dapat datang ke sini korang boleh beli online saja tau. Caranya mudah saja, call atau whatsapp no telefon yang mama berikan di bawah. Satay boleh dihantar di depan pintu rumah. Kalau korang nak beli satay frozen pun boleh.
Harga & Menu di Satay Sobihana
Inilah menu dan harga Satay Sobihana.. Pada mama berpatutan sebab satay ini banyak isinya dan lemak tu sangat minimum. Selalunya kalau makan satay di tempat lain separuh dari satay adalah lemak ayam. Memang terganggu juga bila asyik nak keluarkan dan buang lemak tu. Kalau banyak sangat lemak mama pun rasa loya nak makan.
Sempat mama jumpa kawan masa di UM dulu. Rumah dia dekat-dekat sini. Sempat juga kami bergambar bersama owner Satay Sobihana ni, Puan Inaz. Peramah orangnya..
Maklumat Perniagaan Satay Sobihana
Pagi: di Cafe Kak Jah
Alamat: No. 33-G, Jalan Mustari U5/Am, Taman subang Impian, Selangor, 40150 Shah Alam,
Waktu Perniagaan: 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Malam: di Kedai Tomyam Udang Galah.
Alamat: 40150 31G, Jalan Matahari Z U5/Z, Taman Subang Damai, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu Perniagaan: 6.00 petang - 12.30 tengah hari
Social Media
IG: @satay.sobihanaFB: Satay Sobihana
No tel: +6012-3075175 (Untuk tempahan)
Tags
FOOD
wahhh.. sedap ni :)
ReplyDeleteSedap sgt ejulz
DeleteLama dah tak makan satay.. dap gak ni kalau mencarik.. hiks..
ReplyDeleteTry lea.. sedap tau
Deleteaduhai kak, dah la lama tak layan sate, akak lak tayang sate termimpi2 lak nengoknya
ReplyDeleteTu dia sqmpai termimpj2 dah tahap waib Cari Tu dana
DeleteTergoda sungguh, rasa nak order satay untuk dinner malam ni hehe
ReplyDeleteHihi ni mesti oeminat date MCM mama
DeleteSedapnyaa satay
ReplyDeleteTak penah tak sedap kan
Deletebila tgk harga satay..kat sini masih bawah RM1.00 mama..satay sedap berbaloi kan :)
ReplyDeleteKalau satay bawah singgit Masih Ada mmg sgt rare.. skrg semua dah lebih singgit..
Deletesaya suka satay !! ni kalau terlajak ke area sana blh cari..
ReplyDeletememang kat Muar makan as bekpes kan.. saya penah ikut ayah sekali ke Muar pepagi makan satay. time tu kecik lagi jadi jakun terasa hehe.. skrng tahu dah hehe..
Nasib baru makan sate dua hari lepas, tapi tengok sate ni rasa nak pergi cari je kat sana
ReplyDeleteNampak sedap sataynya..
ReplyDeleteSatay is my fav. Tapi kadang beli tak menepati citarasa. pernah beli harga mahal tapi keras kejung. Kot tersinggah Shah Alam boleh lah cuba satay sobihana ni pulak kan.
ReplyDeleteDekat dah ni. Tapi tak pernah try lagi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete