10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur. Ada Sesiapa kat sini penggemar makanan Cina atau juga dipanggil Chinese Food? Tentu ramai yang suka makan Chinese Food kan. Di sini mama nak share 10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur.
Selain dari rasa yang sedap,ramai yang suka makan Chinese Food sebab ianya sihat kerana banyak makanan Chinese Food yang ada banyak letak bahan-bahan seperti bawang putih dan halis yang banyak. Selain itu, kebanyakan Chinese Food juga ada yang direbus dan di stim jadi tentulah makanan tu lagi sihat kan. Sebagai seorang muslim tentu saja mama akan mencari makanan yang halal. So, kat sini mama senaraikan Chinese Food yang halal yang korang boleh pilih.
10 Makanan Cina Halal Yang Korang Kena Cuba di Sekitar Kuala Lumpur
1. Lemon Chicken Chop
Lemon chicken chop. Gambar dari website Mohd Chan
Sedap sangat lemon chicken chop ni sebab ada rasa manis dan masam. Ayam dia pula crispy memang kombinasi yang terbaik.
2. Crabmeat Soup with Abalone Slices
Kalau korang nak tau Abalone ni kaya dengan vitamin dan zat selain dari antioxidant yang boleh menjauhkan diri kita dari pesakit jantung serta anti kanser.
Gambar dari website Mohd Chan
Makanan no 1 & 2 ni korang boleh beli dari Restoran Mohd Chan, sebuah restoran cina muslim yang ada banyak cawangannya di sekitar KL.
3. Ketam Masak Kam Heong
Aduhai sedapnya ketam masak kam heong ni. Ini adalah antara menu popular yang korang dapatkan di kedai makanan chinese muslim
Ketam masak kam heong (pic credit to foursquare)
Antara restoran yang menyediakan ketam masak kam heong yang sedap ni adalah Restoran Adam Lai yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam.
4. Kuey Teow Kungfu
Mama pernah makan di di Homst Recipe Chine Restaurant di Bangi. Boleh baca di sini Dinner di Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi
Kuey teow kungfu. Sedap ooo..
5. Ying Yang Kailan
Menu ni memang rare dan sedap sangat. Sayur kailan diracik dan dimasak bersama sos bawang putih. Sedap betul!
Sayur ni di racik dan di masak. Memang rare tapi sedap tau
6. Dim Sum
Ada penggemar Dim Sum kat sini? Pasti korang pernah dengar tentang restoran Dolly Dim Sum yang terletak di KL ni kan. Kepada sesiapa yang belum cuba boleh la cuba di Dolly Dim Sum.
Pic credit to Foursquare
7. Beef Noodle
Korang boleh dapatkan beef noodle yang sedap dan potion yang banyak ni di Amber Chinese Muslim Restaurant
Beef noodle image credit to Foursquare
Terdapat cawangan di Bangsar, 1 Utama dan KL so korang pilihlah mana yang terdekat ye.
8. Butter Prawns
Antara Butter prawn yang sedap ada di Muhibbah Seafood. Restaurant
Butter Prawns, Image credit to Muhibbah Seafood FB
Dekat aje kalau nak datang ke Muhibbah Seafood. Restaurant ni. Ia terletak di Sungai Penchala KL.
9. Salted Egg Crab
Sekarang ni memang musim Salted Egg kan. Antara menu telur masin yang popular adalah Salted Egg Crab ni. Korang boleh dapatkan di Mohammad Chow Restaurant
Salted Egg Crab, Gambar fari FB Mohammad Chow
Terdapat banyak lagi hidangan menarik di Restoran Mohammad Chow. Korang boleh pergi ke restoran ini yang terletak di Damansara Perdana, Petaling Jaya.
10. Wantan Mee
Ini adalah menun favourite mama. Sedap dan sihat menu ni. Mee yang dicampur kicap dan dihidang bersama wantan dan sup panas memang sedap dimakan. Selalunya ada sayuran seperti kailan yang lagi menambahkan lagi kesedapan mee ini. Kalau nak cuba Wantan Mee Roasted Duck boleh lah cuba di Haji Sharin Low Grand Restaurant.
Wantan Mee
Sebenarnya banyak lagi makanan cina yang menarik tapi kat sini mama cuba senaraikan 10 saja dulu ye.
Cara Mudah Dapatkan Masakan Cina
Sini mama nak share cara paling mudah untuk dapat Chinese Food.
Sememangnya cara paling mudah untuk order Chinese Food (klik link ni). Disebabkan musim pandemik Covid ni sekarang mama memang jarang makan di luar. So, selalunya mama akan order melalui FoodPanda aje. Mudah, cepat dan selamat.
Tags
FOOD
menu menu chinese dishes ni memang sedap2 kan mama
ReplyDeleteLemon chicken chop dan dimsum memang sedap!
ReplyDeleteMy favourite dimsum nyum nyum
ReplyDeletesemua pun sedap....dekat kawasan rietta ada stu restoran chineese muslim...mmg sedap makan kt ctu....tpi dah lama xpergi....
ReplyDeleteYa Ampun...sedapnya makanan cina...
ReplyDeletedengan adanya foodpanda semua menjadi mudah kan mama :)
ReplyDeleteSedapnya dim sum. Lama tak makan. Terliur tengok haa.
ReplyDelete