Bayam Brazil Ku Terkorban. Huhu sadis tak bunyi title post mama kali ni. Kesian bayam brazil kesayangan mama tau.. balik dari kampung aritu mama.perasan kesemua daun berlubang-lubang halus. Sedih tengoknya tau.
Mama tak tau macam mana daun-daun tu boleh jadi berlubang macam tu sekali. Teruk benar keadaannya sebab kesemua daun kena. Mula-mula mama ingatkan sebab belalang tapi sebelum ni tak penah pula berlubang sampai macam ni. Hmm.. pelik!
Tengok tu banyak lubang-lubang halus. Daun pun kecil je
Serangan Binatang Perosak?
Sebenarnya mama tak sure apa penyebab masalah ni. Cuma mama perasan bila angkat pasu mama. nampak ada banyak semut di bawah pasu tu. Mungkin ke disebabkan semut jadi lubang-lubang mcm tu? Terfikir juga adakah sebab kononnya mama letak serbuk kopi kononnya sebagai baja yang menyebabkan semut datang? Mama cuci serbuk kopi tu bebetul sebelum letak dalam pasu tau.
Last2 mama terpaksa lah korbankan kesemua daun2 yang ada. Sambil2 tu boleh mama potong keratan barang dan semai yang baru
On the bright side, bolehlah mama menambah bayam brazil dan tanam melalui keratan batang ni..
Dapat mama semai baru. Ni lah antara semaian baru dan pokok yang mama dah mama trim semua daun
Mama suka tanam bayam brazil sebab ia senang ditanam dan senang dijaga. Selain itu ia juga kaya dengan pelbagai zaat termasuk lah kalsium, Haaa susu memang kaya dengan kalsium, tapi bayam brazil ni pun ada kalsium juga tau.
Nak try semai guna kaedah hidroponik pula. Sebelum ni mama cuba semai sayur sawi guna kaedah hidroponik tapi sawi mama tu batangnya jadi halus sangat so fail masa tu.. Agaknya kali ni menjadi tak?
Keadaan pokok selepas seminggu.. tadaa... ada nampak daun baru mula bertunas kan. Nanti mama nak poton gpucuk yang berlubang tu. Kalau tengok nampaknya bayam hydriponic mama nampak lagi gemuk dan menjadi kan..
Tags
GARDENING
Mesti frustkan mama. Hopefully yg lain ok sihat Dan Segar bugar
ReplyDeletecuba cari racun serangga kak, dana ada jugak guna yang jenama camay, bagus untuk hilangkan serangga dan jenis racun yang organik... geram je kan bila tengok jadi gitu...
ReplyDeleteBayam brazil mmang senang diserang daunnya.Mudah cara tanam balik yg mcm dibuat. Dua minggu nanti merimbun la.
ReplyDeletesaya pulak, pokok limau, selalu ke attack..haih
ReplyDeleteWahhh tanam guna batang boleh hidroponik? Nak try juga lah.
ReplyDeleteYeyyy alhamdulillah dah tumbuh yang baru.
ReplyDeleteabis lubang2 pokok kak adda..sy umah tinggi tanam dekat atas dalam pasu alhamdulilllah elok daunny.. skali tu saja letk anak pokok cili dekat bawah sb ada tanah lapang... abis togel di makan siput.. satu malam lesap daun,sejak haritu mmg tanam depan umah je..haha
ReplyDeleteNi bukan kerja semut sebab semut tak makan daun
ReplyDeleteMungkin ada serangga perosak lain
haaaa tu dia..wak kita dah respon
DeleteSiput punya angkara ke ni..
ReplyDeletetanam semula Dana, ada serangga perosak agaknya tu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi ye mama..bagusnya..nanti shida nk cuba juga tanam bayam brazil nih..
ReplyDeletecepatnya besar. bayam brazil kita lambat nmpk membesar, halus2 je
ReplyDeleteNak coba juga tanam bayam ni.
ReplyDeletebiasanya klo berlubang ni kena makan dengans serangga. semut pon penyebab die kak..saya pon guna baja kopi..elok mekar daun nya..
ReplyDeletenasib baik bayam brazil ni senang hidup..cucuk je la dkt tanah tu kan...
ReplyDeletenieyl pun dah banyak kali juga cantas n tanam baru...
kesian mama..jgn putus asa ya
ReplyDeletelepas ni menjadi la bayam brazil Mama kan.
ReplyDeleteAaminn.....
Alahai mesti sedih tgk kan. Pandai tanam pokok. InsyaAllah jadi lebih banyak nanti. Favourite ni selalu goreng tepung.
ReplyDeleteseang hidup bayam brazil ni kan, tapi tu lah kenapa berlubang tu saya pun taktau saya punya daun bayam jadi kerinting pastu halus2 je daun dia
ReplyDelete