Dinner Di Restoran Meni Aini Teluk Nipah Pangkor Perak, Highly Recommend

Dinner Di Restoran Meni Aini Teluk Nipah Pangkor Perak, Highly Recommend. Korang kalau ke Pulau Pangkor mama nak rekemen korang satu kedai makan ini. Kami Dinner Di Restoran Meni Aini Teluk Nipah Pangkor Perak semasa malam terakhir berada di Pulau Pangkor. Kalau nak tau kenapa mama rekemen boleh baca di bawah ni.








Kalau korang book homestay atau hotel area Teluk Nipah memang takkan risau bab makanan sebab banyak kedai makan kat sini. Kedai ni paling hujung antara deretan kedai. Tak menyesal makan kat sini tau. 

Baca juga:


Menu Pilihan di Meni Aini

Ini adalah menu pilihan kami kat sini. Yang bestnya owner kedai ni banyak bagi suggestion pada kami jenis ikan dan masakan apa yang sesuai especially pada ikan yang mama first dengar namanya dan first time jumpa..

Ketam masak butter. Sedap sangat ketam ni. Rasa lemak dan manis sebiji macam rasa corn in cup butter dia tau. Menu ni utk anak sedara mama yang memang teringin sangat nak makan ketam.

Ikan siakap Stim halia ni berharga RM 45. Harga quite ok juga kan. Rasa dia sedap tau

Ikan jepun bakar sambal ni berharga RM 45. Korang pernah dengar tak nama ikan jepun? Inilah first time mama dengar dan berjumpa ikan ni tau. Ni makcik kedai yang suggest utk bakar. Memang sedap dibakar ikan ni.

Ikan daun baru masak 3 Rasa ni berharga RM 45 dan kami dapat diskaun RM40 je. Haha siap ada diskaun lagi. Ikan daun baru ni korang pernah jumpa tak? Mama first time jumpa tau kesian mama kan. Seperti biasa kami ikut saranan makcik kedai utk masak 3 rasa. Memang sedap u ols

Antara minuman yang kami order. Macam-macam ada. Yang buat mama happy ialah nescafe dia memang tersangat sedap.. Mama kan selallu rating air berdasarkan air nescafe dan yang paling mama suka kalau dicampur dengan susu segar. So, memang 5 bintang mama bagi. 

Banyak pilihan ikan Segar kat sini

Udang, ketam, kerang, dan byk lagi.. tapi malam tu kami makan ikan aje. Perut tak berapa lapar.. so lebih kepada meratah lauk aje..









Harga Minuman Dan Makan Goreng2


Ni antara harga minuman dan makanan goreng-goreng kat sini..

Sambil kami makan tu ada pula hiburan dari pakcik kedai. Memang terhibur la walaupun lagunya lagu klasik. Sedap gak suara pakcik ni dan mic dia pon tersangatlah comel kan haha.. mama ada share dalam ig story mama video pakcik ni menyanyi


Boleh makan tepi pantai .. nyaman


Total semua makanan kami makan untuk 5 dewasa dan 4 kanak-kanak  adalah RM 185. Berpatutan la rasanya tu. Makanan sedap, Pekerja sangat ramah siap perkenalkan ikan serta masakan yang sesuai, minuman dia sedap.. waduh terkenang-kenang  nescafe tarik dia pula.. 

Pemandamgan depan kedai
Kalau korang nak pergi ke kedai ni senang aje. Terletak di Teluk Nipah, kedai di hujung sekali. DIbuka setiap hari dari 11 pagi - 12 malam. Sebelum kami pulang makcik pakcik kedai berulang2 kali say goodbye dan ajak dtg lagi.. Insya allah kalau mama ke Pangkor confirm mama akan singgah lagi..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. wah bestnyaaaa nampak segar2 ikan-ikan tu.. unik la tuan kedai tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah dengar tak ikan jepun dgn daun baru? ni first time mama dgr

      Delete
  2. Bestnya suasana kat restoran tu. Makanan pun nampak menyelerakan. Nanti boleh cuba ikan jepun dan ikan daun tu

    ReplyDelete
  3. Ketam masak butter tu macam masak lemak cili api pulak nampak rupa dia. Kalau ke pulau pulau tu wajib cuba rasa masakan seafood. seafood fresh tu yang sedap tu

    ReplyDelete
  4. sedap.. sedap..
    siap ada lagu tu.. menarik..

    ReplyDelete
  5. Bukan mama je 1st time dgr nama2 ikan tu. Saya pun 1st time.. Byk upenya ikan yg x kenal.. Tapi nmpk menyelerakan menu2 yg korang order tu. Lapar plak perut ptg2 time balik gheja ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post