Senarai Puasa Besar Ganjarannya Di Bulan Muharam Tahun 2020

Assalamualaikum semua.. harini dah 8 Muharam. Dah ada orang yang dah mula puasa harini ke. Esok 9 Muharam boleh puasa Hari Asyura pula. mama nak share Senarai Puasa Besar Ganjarannya Di Bulan Muharam tahun 2020. Sambil tu boleh baca sini juga [ Selamat menyambut Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah ]. 








Puasa Asyura 10 Muharram


Sahih al-Bukhori:1865

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: مَا هَذَا؟ قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ. هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ:

 فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

Dari Ibn Abbas ra, dia berkata: Nabi saw datang ke Madinah, lalu beliau melihat orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura, lalu beliau bertanya: Kenapa kalian mengerjakan ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari baik, hari ketika Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka lalu Nabi Musa menjadikannya sebagai hari berpuasa. Maka beliau bersabda:

 Aku lebih berhak dari kalian terhadap Musa. Maka beliau berpuasa di hari itu dan memerintahkan untuk berpuasa.


Kesimpulan hadith:

Puasa Asyura adalah puasa sunah yang dilakukan pada tanggal 10 Muharram. Di zaman Rasulullah orang-orang Yahudi berpuasa di hari itu karena ia merupakan hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka. Mendengar hal tersebut Rasulullah mengatakan bahwa beliau lebih berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi. Beliau melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa di hari itu juga, beliau juga memerintahkan agar umat Islam menyelisihi orang Yahudi, puasa Asyura didahului dengan puasa satu hari sebelumnya, yaitu tanggal 9 Muharram.

(Satu Hari Satu Hadis)










Senarai Puasa D Bulan Muharam tahun 2020

Jom kita berpuasa bagi yang berkesempatan.. Berbuka dengan susu kurma tentu sekali memberikan tenaga kepada badan yang lesu. Ini senarai hari di bulan Muharam yang bagu bagi kita untuk berpuasa.

1. Khamis: 8 Muharram ( Hari amalan diangkat). [HR al-Tirmizi, no. 747]

2. Jumaat: 9 Muharram ( Hari disunatkan puasa sebelum hari 'Asyura ). [HR. Muslim: 1134]

3. Sabtu: 10 Muharram ( Hari Asyura, berpuasa pada hari itu diampuni dosa 1 tahun lalu. [HR. Ibn Majah: 1738]

4. Ahad: 11 Muharram ( Hari dianjurkan puasa selepas hari 'Asyura ). [HR. al-Baihaqi: 287]

5. Isnin: 12 Muharram ( Hari amalan diangkat). [HR al-Tirmizi, no. 747]

6. Selasa: 13 Muharram ( Hari putih pertama: Puasa hari-hari putih iaitu 13,14 dan 15 hijriyah setiap bulan, ganjarannya seperti berpuasa setahun). [HR. Abu Daud: 2449]

7. Rabu: 14 Muharram ( Hari putih kedua).

8. Khamis: 15 Muharram ( Hari putih ketiga dan hari diangkat amalan).



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post