Renungan Jumaat untuk diri mama dan kita semua. Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu. Ingat, walaupun sedang bercuti jangan jadikan alasan untuk solat lambat. Lagipun sudah ada kemudahan yang Allah beri iaitu solat jamak dan qasar bagi orang musafir, maka gunakanlah sebaiknya. Ramai di kalangan kita suka pilih homestay muslim friendly kerana lebih mayakinkan dan sudah tentunya patuh syariah.
Secara peribadi bagi mama, memang susah nak jaga solat sendiri especially solat di awal waktu. Ada masanya berjaya solat di awal waktu, ada masanya terlambat juga. Alangkah seronoknya kalau dapat istiqomah. Semoga tazkirah ini dapat menyedarkan diri mama dan berubah ke arah lebih baik. Amin..
Amalan Paling Utama Ialah Solat Diawal Waktu
عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا
Daripada Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahawasanya ia berkata; "Nabi SAW pernah ditanya, "Amalan apakah yang paling utama?" baginda menjawab: "Solat pada awal waktu."(HR. Tirmidzi No: 155}. Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Keutamaan amalan kepada seorang Muslim ialah solat di awal waktu
2. Sakit dan kematian tidak diduga ketibaannya. Menyegerakan kewajipan yang fardu seperti solat apabila masuk waktu boleh menjadi pendinding kelalaian solat. Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dijemput menghadap Allah. Yang paling dibimbangi, maut menjemput sebelum sempat solat kerana tidak menunaikannya pada awal waktu
3. Orang yang melalaikan waktu solat akan dimasukkan ke dalam neraka wail. Firman Allah:
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4 ) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُون (5
(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (al-Maun: 4-5)
Saidina Abbas menerangkan: Wail adalah satu wadi (kawasan lembah yang dalam antara dua gunung dalam neraka jahanam). Ia menjadi tempat kediaman bagi orang yang melewat-lewatkan solat dari waktunya.
Ayuh jaga solat di awal waktu
Sumber: 1 Hari 1 Hadis
Tags
ISLAMIK
semoga kita semua istiqamah solat di awal waktu :)
ReplyDeleteSolat lah di awal waktu. Jangan melewat-lewatkan solat.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi ilmu...
ReplyDeleteyela..kita ni manusia kdg2 lalai seketika...
Tq ingatkan :)
banyak kelebihan di awal waktu. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteZumal pun harap dapat istiqomah jaga solat
ReplyDeletetime kerja shida selalu sukar utk dpt solat awal waktu..ade hari terpaksa solat hujung dan awal huhuu..harap dpt bterusan solat diawal waktu...tq mama ats perkongsian!
ReplyDeletemari kita sama2 perbaiki amalan solat kita...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteGood sharing Adda, semoga kita semua istiqomah perbaiki diri dan amal kan Adda.. Aamiin Ya Rabb..
ReplyDelete