Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Semoga urusan kita semua dipermudahkan urusan hari ini dan seterusnya. Mari kita sama2 baca Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah. Sangat besar fadhilatnya semoga menjadi kebiasaan kita semua. Sambil tu korang boleh baca tentang homestay terbaik percutian di sini.
Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
Daripada Utsman bin 'Affan RA ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam." (HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda
2. Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam
3. Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam
Rebut peluang mendapat ganjaran berganda dengan ibadat sepanjang malam dengan memelihara solat berjemaah isya dan subuh di masjid.
Sumber: 1 hari 1 hadis
Tags
ISLAMIK
terima kasih , atas perkongsian :)
ReplyDeleteOrang lelaki kenalah solat isyak dan subuh berjemaah di masjid/surau
ReplyDeletekena banyak ubah diri. semoga semuanya akan menjadi lebih baik.
ReplyDeleteperingatan mesra ni sebenarnya kan..huhu
ReplyDeleteTerima Kasih banyak2 atas perkongsian ilmu yang diberikan.
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian
ReplyDeleteJemput join GA --> Giveaway by ejulz & wafacw
Pengkongsian yang bagus untuk amalan kita ni
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteThank you for sharing. Semoga ai tergolong dalam golongan yang rajin berjemaah.
ReplyDeleteTq for sharing mama..moga bermanfaat utk semua yg membaca :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga kita dapat menunaikan solat berjemaah setiap hari.
ReplyDeletesemoga bermanfaat dan menjadi peringatan buat mama dan kita semua
ReplyDeleteinilah pahala yang terbaik...seolah-0lah berjaga sepanjang malam
ReplyDeleteterima kasih kak adda untuk perkongsian ini..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete