Lunch di Restoran Kontena Coffeeman

Restoran Kontena Coffeeman ni kawan mama yang rekemen sebab mama kan sekarang selalu ulang alik ke Kapar, Klang sebab nak tengok rumah baru mama di kawasan situ. Ada beberapa jiran yang buat rumah mereka sebagai homestay. Memang trend sekarang ni kan orang buat duit dengan homestay. Mama selalu lalu lalang depan kedai ni dan kawan mama yang duduk area situ ada bagitau mama kena cuba makan kat sini dan rekemen beberapa menu.. So kami pun Lunch di Restoran Kontena Coffeeman. Dah 2 kali sebenarnya kami ke sini tapi mama tak sempat nak cerita dalam blog ni.

Kalau ke sini korang jangan pelik tau sebab walaupun nama dia Coffeeman tapi menu utama dia bukan lah kopi seperti yang mama ingatkan. Agaknya nama kedai ni diambil sempena nama jalan iaiti Jalan Kopi.

Menu Pilihan Di Restoran Kontena Coffeeman

Jom tengok menu apa yg mama sekeluarga order masa kami ke sini. Ini combination order bagi 2 kali visit tau. Sebab tu nampak mcm banyak..

Sebenarnya mama dah lupa nama menu ni.. Hihi sorry sebab dah lama makan kat sini sampai lupa dah. Tapi rasanya ini adalah lamb chop untuk anak mama yang memang suka lamb chop. Sedap!

 
Set kambing bakar. Sedap set kambing bakar ni. Kami order 2 kali semasa 2 kali visit makan menu ni.

Nasi goreng kambing. Menu ni rekemen by kawan mama. Mula-mula terkejut gak sebab harga dia murah tapi bila lihat portion memang sesuai dengan harga tu. Kambing dia memang banyak cuma nasi goreng dia sikit. Kalau nak makan nasi goreng lebih sila order extra ye..

Keropok lekor. Masa first visit kami tak berapa lapar cuma kehausan. Sebab tu ingatkan nak ngopi kat sini rupanya kat sini takde menu kopi yang macam kami nak..

Masa tu makan keropok lekor dengan cendol aiskrim.

Minum kopi dan apple juice. Kopi dia rasa macam kopi 434 Muar tapi bila mama tanya dia kata kopi ni campuran..

Senarai Menu & Harga di Restoran Kontena Coffeeman

Jom kita tengok senarai menu dan harga di kedai ni..

Menu air minuman





 
Macam-macam menu ada kat sini kan


Ni pula harga cendol dan ABC

Ada juga corndog tapi masa mama ke sini tak available plak

Persekitaran Restoran Kontena Coffeeman

Dalam kedai

Pemandangan dari tepi jalanraya. Cantik kan

Seronok juga makan kan sini. Masa first time datang ke sini masa tu baru PKPP so nampak kurang orang. Bila datang kali kedua mama lihat semakin ramai orang lepak sini. Ruang makan memang luas dan konsep terbuka. Boleh santai-santai sambil lihat persekitaran. Yang bestnya kast sini ada banyak menu dan ada pelbagai jenis air juga. Mungkin sebab tu sentiasa ada orang kat sini sebab everytime datang boleh je order dan mencuba menu-menu lain. Kawasan parking juga luas so senang la kita 

Maklumat Restoran Kontena Coffeeman

Restoran Kontena Coffeeman
Alamat: LOT 2661, Jalan Kopi, Meru, 42200 Klang, Selangor
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 7:00 pagi–1:00 pagi


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. kambing dia nampak menyelerakan betul

    ReplyDelete
  2. cantik kedai dia..kalau saya pun tertarik nak cuba. sebab saya biasanya tengok kedai tu cantik dulu ke tak baru tertarik nak makan kat situ. hehe..

    ReplyDelete
  3. Tahniah mama, beli rumah baru. Macamana boleh terlepas info ni :)

    Cantik tempatnya dan makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, kantoi. ni baru first time mention hihi. tu la cantik kan tempat ni mama suka tgk

      Delete
  4. wah..nampak sedap makanannya..lapar lak..hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post