Semasa bercuti balik kampung sempena Raya Haji dulu mama dan aik beradik sempat Lunch di Mee Bandung Central Muar Johor sebelum kami berangkat pergi bercuti ke Melaka. Ini adalah first time mama Lunch di Mee Bandung Central Muar Johor ni. Selalunya kami makan di sini [ Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor ] . Kalau korang nak masak sendiri mee bandung muar boleh ikut resepi mama di sini [ Resepi Mee Bandung Muar dari Orang Muar Gerenti Jadi ].
Sebenanrnya sebelum ke sini kami ingat nak makan Asam Pedas JJ tapi terpaksa lupakan hasrat sebab terlalu ramai orang. Almaklumlah masa tu kana cuti tentulah ramai yang nak makan asam pedas JJ tu. Pusing sana pusing sini akhirnya ke sini lah kami..
Menu Pilihan di Mee Bandung Central Muar Johor
Kat bawah ni adalah menu pilihan kami di Mee Bandung Central Muar Johor hari tu..
Of course la kena order mee bandung, barulah betul kan.. yummy sedap mee bandung muo ni.. mama approved. Memang rasa mee bandung Muo pyor
Nasi goreng ayam. Kalau tak silap mama 3 orang order menu ni.. Nasi goreng dia sedap juga.. Anak mama pun makan nasi ni..
Total harga yang kami bayar. Sangat berpatutan kan. Mama tak berapa ingat menu yang kami order. Kalau tak silap 3 nasi goreng, 3 mee bandung dan macam-macam air. Itulah totalnya. Nasi goreng dan mee bandung lebih kurang RM6 rasanya..
Pengalaman Makan di Mee Bandung Central
Keadaan dalam kedai. Ruang makan luas dan open space so boleh hirup udara segar
Makanan yang kami order sedap dan air pun OK. Cuma servis tu masih boleh improve lagi sebab mama nampak pekerja agak kelam kabut mungkin sebab ramai orang dan ada menu yang lambat dapat. Kami selalu kena tanya pada diorang. Apapun takdelah teruk sangat servis dia. Masa ni memang kedai sangat penuh mama pun faham mungkin sebab tu diorang kelam kabut.
Yang bestnya parking memang senang. Sini senang nak paking..
Cakk.. ahli rombongan.. Dah licin dah pinggan. Alhamdulillah puas hati
Mee Bandung Central Muar Johor
Kalau korang nak ke sini boleh lah ikut alamat ni:
Mee Bandung Central Muar Johor
Alamat: MM 61 KR LOT 1440 BT 1 3/4 Tanjung Agas, Jalan Kesang, 84000, Johor
Waktu perniagaan: 11:00PG–10:00PTG
Tags
FOOD
mahal sedap ia sangat berbaloi.. :)
ReplyDeleteBerbaloi kalau sedap kan
Deletestandard dah rasanya harga macam tu, makanan pun nampak sedap sangat2 tu ;)
ReplyDeleteMmg rata2 harga mmg MCM ni kan
Deletesedap nya mee bandung muar kak... pekat melekat, memang bestlah
ReplyDeleteBetul Dana.. Batu la umphh kan
DeleteJika harga tu murah untuk satu meja ramai2.
ReplyDeleteBetul.tu. mama pun Rasa MCM tu
Deletewahh, murahnya untuk 6 orang. sangat berbaloi.
ReplyDeleteKan.. berbaloi
Deletesedapnya bandung..fav saya tu mama :)
ReplyDeleteSama la.. mama pun suk sgt mee bandung
Deletekat area rumah ammi kat KL ni so far ada 1 je kedai yg mee bandung dia memang mee bandung. yang lain tu mee bandung pakai sos....apa hal???
ReplyDeleteso skrg sebelum order ammi mesti tanya mee bandung pakai sos ke? kalau ye silalah pilih menu lain
Mama dulu masa first duk kl mmg X boleh terima mee Bandung kat kl ni Ammi. Ape la Kan pakai SOS mmg sgt pelik
DeleteSedapnya mee bandung Muar. First time makan mee bandung Muar memang lambat nak move on. Sedap giler. Tempat lain tak sesedap mee bandung di Muar.
ReplyDeleteSedap sgt kan
DeleteSedap tu..yang penting tempat makan selesa
ReplyDeleteBetul cikgu
Deletesedapnyaa nasi goreng
ReplyDeleteSedap nasi goreng dia rabia
Deleteteringin juga rasa nak mencuba
ReplyDeleteSedap tau Mr h. Kalau nak buat sendiri boleh ikut resepi yg mama bagi kat atas.. confirm sedap
Delete