Percubaan Menanam Snake Plant Guna Keratan Daun

Percubaan Menanam Snake Plant Guna Keratan Daun. Mama ada beberapa kali terbaca tentang cara menanam snake plant melalui keratan daun. Bila tengok dan baca pengalaman orang macam best dan mudah aje diorang menanam snake plant ni.. Tapi mama ni memang noob dan masih lagi belajar. Kali ni mama sendiri nak buat Percubaan Menanam Snake Plant Guna Keratan Daun. Hmm.. agak-agaknya menjadi tak?







Snake plant juga dikenali sebagai lidah jin atau lidah mak mertua. Masa mula-mula dengat nama dia terasa seriau juga hihi.. Alkisah, mama mencantas pokok2 kat depan rumah mama last week dan antara pokok yang dicantas adalah daun-daun snake plant mama yang nampak dah tak cun. Mama ingat lagi sebelum ni setiap kali buang daun snake plant tu, mama lihat daun tu susah nak kering dan mati sehingga seminggu pun tak kering daun tu. Sebab tu lah mama nak try tanam guna daun..




Ni lah keratan daun yang mama dah cantas dan terbiar atas tanah selama sehari. Keesokan harinya baru mama terfikir nak tanam dia.. Nampak masih segar kan..

Bawa ke office. Selamat masuk pasu

Berjaya ke Percubaan Mama?







Selepas seminggu honestly nampak macam takde harapan haha.. kan mama dah kata tangan mama ni panas.. nampak bahagian bawah daun yang kena tanah tu nampak kekuningan dan huduh sangat. Mama sendiri pun tak sanggup nak ambil gambar dia haha..




Last-last mama potong bahagian daun belah atas yang masih OK dan letak pula dalam air.. kita lihat la nanti berjaya ke tidak ye.. Kalau mama diam tu maksudnya memang takde la ye.. OK, tu je la nak citer.. 

Cakk.. tumpang pokok duit mama


Korang kalau ada tips untuk tanam dan jaga snake plant sharelah dengan mama ye. Kesian mama hihi..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. rasanya yg kat tanah tu mesti boleh hidup, sbb ada kwn di opis ni tanam cara gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. org lain buat mcm senang tapi akak punya kelaut hasilnya

      Delete
  2. Daun perlu disimpan beberapa hari untuk mengurangkan kandungan airnya.
    Pastikan tanah tidak kerlalu lembap untuk mengelakan buruk kerana serangan kulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. agaknya mama tak betul2 kurangkan air dia.. tq wak bg tips

      Delete
  3. cara fiza, letak dalam air sampai berakar baru pindah dalam tanah.

    http://www.azhafizah.com/2019/10/pokok-lidah-mertua-dah-berakar.html

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Wuwuu.. cerita sedih.. percubaan mama.gagal..ada satu daun je yg bertahan mama pun X mengharap lebih

      Delete
Previous Post Next Post