Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum semua. Harini mama nak share Resepi Daging Masak Hitam  yang mama buat baru-baru ini. Inilah Resepi Daging Masak Hitam untuk daging korban last mama. Mula-mula ingat nak masak asam pedas daging tapi disebabkan perut mama agak sensitif sejak kebelakangan ni, maka mama decide nak masak masakan yang mild saja. Taknak guna cili banyak-banyak. Kalau korang nak tips pilih homestay boleh baca entry post mama sebelum ni ye.


Sedap rasa daging masak hitam ni. Rasa dia ala-ala kerutuk sikit. Licin kami makan anak beranak.. Lega dah mama bila kesemua daging korban dah selamat dimasak dan dimakan. Mama guna resepi dari Azie Kitchen dan mama adjust sikit-sikit ikut selera mama. Mama masak guna preiuk ajaib mama. Cepat empuk dan senang aje guna.

Daging masak hitam yang Sedap. Rasanya macam kerutuk pun ada. Kami makan dengan sayur petola masak air dengan suhun


Resepi Daging Masak Hitam


Bahan bahan:

500 gram daging 
4 sudu besar cili kering kisar 
1 sudu kecil serbuk jintan manis 
1 sudu kecil serbuk jintan putih 
1 sudu kecil serbuk ketumbar 
½ sudu kecil pes asam jawa atau secukupnya 
6 biji Kentang (potong 6)
Kicap Manis Habhal Cap Kipas Udang 
Garam dan gula, jika perlu 


Bahan kisar:

3 biji bawang besar  
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 

Cara cara memasak:

  1. Daging direbus dalam periuk sehingga daging empuk.
  2. Bila daging telah empuk dan air telah hampir kering, tuang minyak yang agak banyak untuk menggoreng daging sekejap sahaja.
  3. Masukkan bahan kisar dan serbuk jintan, serbuk ketumbar dan cili kering kisar. Tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan kentang.
Mama kalau masak memang suka letak kentang banyak sebab kami ni hantu kentang hihii

5. Tuangkan kicap sehingga warna yang disukai. Masukkan air asam jawa. Kacau sehingga kuah pekat mengikut citarasa.
6. Akhir sekali masukkan garam dan gula, jika perlu. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit air. 
7. Bolehlah ditutup api. Siap!!


Resepi diubahsuai dari resepi asal Azie Kitchen 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Feberet benar ni daging masak itam. masak je tak reti lagi. Haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak oi, lagilah bila ada kentang dalam nya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dana.. kalau ada cili merah mama akan letak sekali, sedap

      Delete
  3. mcm masak kicaplah ni mama..bezanya ada jintans dan kawannya. ammi pun suka menu camni

    ReplyDelete
  4. kurang gemar makan daging. tapi sesekali makan tu terasa sedap dia. Lagi lah daging masak hitam camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAMA LA KITA.. MAMA KURANGKAN MAKAN DAGING SEKARANG NI

      Delete
  5. Sedapnya daging masak hitam. Peberet 😋

    Tq Mama share resepi

    ReplyDelete
  6. Simple and boleh try ni. Thanks share

    ReplyDelete
  7. sedapnya daging masak hitam.. resepi pun mudah..

    ReplyDelete
  8. Mmg resepi sgt mudah.. Tu yg mama suka tuh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post