Tempat Wajib Singgah Jika Bercuti di Pulau Pangkor Perak

Mama sekeluarga telah pergi Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor Perak baru-baru ini dan alhamdulillah memang seronok percutian kami walaupun ianya sangat last minute dan agak dramatik bagi mama. Kat sini mama nak share Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak sebagai panduan jika ke sini lagi. Kali ni mama duduk di hotel. Next time nak try booking homestay pula kalau pergi ramai-ramai macam ni. Mesti untung kalau bina rumah untuk dijadikan homestay kan. Mama buat post ni supaya boleh refer kalau mama nak ke sana lagi.

Post ni mama update Februari 2024 based latest visit pada Dec 2023. Post latest Pangkor tak sempat buat lagi huhu. Mama update dulu post ni. Tak tau nape post mama ni kena DMCA padahal content dan pics dari mama sendiri. Geramnya dengan satu website tu!

Baca juga

Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak




Eksplorasi Masjid

Seperti yang mama pernah share sebelum ini [ Baca ni : Masjid Seribu Doa & Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak ] terdapat beberapa masjid menarik di Pulau Pangkor. So jangan lepaskan peluang untuk explore masjid-masjid ni. Mama betul-betul kagun dengan senibina masjid-masjid ni. Update jan 2023, mama ke masjid-masjid ni lagi tak tak pernah jemu dan kagum dgn masjid ni.

Masjid Seribu Doa. antara masjid yang korang wajib singgah.


Masjid Seribu Selawat atau dikenali sebagai Masjid terapung.


Dutch Fort (Pulau Pangkor Kota Belanda)

Kota Belanda atau Dutch Fort ini adalah tempat yang best untuk ambil gambar sebab cantik juga tempat ni. Ada kedai-kedai di tepi tu boleh lah beli makanan atau souvenir. Tempat ni dijaga elok. Terdapat bekas kota belanda lama dan sedikit penerangan berkenaan kota Belanda ni. Tempat menarik untuk korang singgah.


Dutch Fort asalnya dibina oleh Belanda 


Serius cantik bila ambil gambar kat sini


Batu Bersurat Pangkor

Lokasi Batu bersurat ni adalah di tepi jalan menuju ke Kota Belanda. Mama suggest korang boleh berjalan kaki saja dari Dutch Fort sebab mama x nampak tempat parking berdekatan dengan tempat ni


Inilah Batu Bersurat Pangkor. Mama sempat tengok dari tepi jalan aje. Ada lukisan harimau dan budak Nampak juga la lukisan harimau tu dari gambar. Ada sejarah berkenaan harimau dan budak yang berkaitan batu bersurat ni. Banyak cerita antaranya anak dutch yang hilang dan suspect dibawa lari rimau, etc. Tak tahu mana yang betul. Besar kan batu tu. Katanya batu tu saiznya semakin membesar.



Pantai Teluk Nipah

Pantai paling best di pangkor pada pendapat mama. Selain dari menikmati sunset yang cantik kat sini, korang boleh sewa bot untuk pergi island hopping dan snorkeling trip. 


Beautiful sunset.

Masa mama ke sini mama tak sempat nak pergi island hopping and snorkeling sebab cuaca tak berapa elok. Tapi mama pernah pergi masa mama belajar dulu. Memang best naik bot dan bagi makan ikan masa tu.


Feeding Hornbill/ Burung Enggang 

Banyak burung enggang kat sini. Ni mama ambil gambar di Dutch Fort.

Mama perasan ada sessi hornbill feeding di chalet berhampiran hotel mama. Tapi kalau korang sekadar nak tengok hornbil takyah pergi chalet tu pun takpe sebab Pulau Pangkor ni memang banyak burung hornbil. Sambil mandi pantai di Teluk Nipah pun boleh nampak burung hornbil berterbangan. Masa mama kat Kota Belanda pun nampak diorang hinggap kat pokok. 

Video hornbill feeding


Kilang Hasil Laut Pak Su

Kilang hasil laut Pak Su adalah kilang produk muslim. Korang boleh shopping ikan bilis, satay ikan, dan hasil laut lain kat sini. 

Update Jan 2023, baca post mama ni Pergi ke Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor Yang Sendu. Sayangnya sendu dah sekarang huhu.

 

Hoo Huat Boat Builder (Tukang Bot)

Kalau korang suka boat korang boleh singgah dan lihat sendiri bagaimana bot dibina. Sangat menarik dan dari tepi jalan sebenarnya korang boleh lihat hasil bot yang sudah siap.


Bau kayu kuat kat sini. kalau ada sesiapa yang ada alahan jgn dtg sini. Habuk kayu banyak..

Pekan Pangkor - Shopping Laksa Pangkor

Adik ipar mama bagitau laksa perak adalah satu perkara yang menarik di Pangkor ni. So, kami cuba cari laksa mee perak di pekan tapi takde rezeki. Stok habis la pula. Sesiapa orang Pangkor boleh beritahu mama tak apa yang menarik dengan laksa perak ni.


Panorama Pangkor (Galeri Panorama Pangkor)

Mama sekeluarga memang suka sejarah dan muzium. Sekian lama mama nak ke sini. Mama baca muzium ni ditutup sejak PKP aritu tapi mama lihat sudah ada review tahun 2024. Mungkin sudah buka atau bahagian luar tempat ambil gambar aje yg ada. Diorang kata cantik ambil gambar sini. Masuk wishlist dulu.
Alamat: 178, Jalan Besar, 32300 Pulau Pangkor, Perak (kat google tulis buka hanya pada hari Selasa)


Shopping Coklat dan Barangan Murah Bebas Cukai

Mama akan buat post ekxplorasi coklat Pangkor nanti tapi ntah bila haha. Sesiapa nak shopping coklat dan barangan duty free yang boleh lah singgah ke sini. Kalau nak tengok gambar dan detail boleh baca sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak atau Shopping Coklat Murah & Barang Duty Free di Pulau Pangkor Perak




Kilang Satay Eng Seng

Masa mama ke Pangkor aritu kami singgah ke kilang ni dan shopping ikan bilis mata biru banyak2 haha.. boleh baca kat sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak

Kilang satay Eng Seng. Korang belilah ikan2 yg baru di proses kat sini. Dijual secara timbang. Sedap tau




Fu Lin Kong Temple Pulau Pangkor

Mama pernah tengok di Youtube ada sorang mat salleh tu singgah kat sini. Memang menarik tempat ni tapi kami tak singgah la. Tengok dari luar je.  


Cantik sangat temple ni. Mama ambil gambar dari luar aje. update Jan 2023, mama ke sini lagi tapi masa tu hujan tetiba ternampak ibu babi hutan dan 5 ekor anak2 kecil comel.. cute la pula. Kesian diorg lapar sebab masa tu ujan, agaknya diorang ingat kitaorang nak bagi makanan, kesian sgt. Hujan, xde pengunjung masa tu. Ada masa nanti mama korek gambar babi tu. Comel tgk gelagat anak2 dia.


Island Hopping

Mama pernah pergi island hopping di Pulau Pangkor dan sememangnya seronok. Boleh bagi makan ikan dari bot dan singgah ke beberapa pulau. Ramai juga yg ambil pakej snorkeling. Selain dari island hopping korang boleh juga main water sport. 


Turtle Conservation (Sea Turtle Incubation Centre)

Beberapa kali mama ternampak Turtle Conservation (Sea Turtle Incubation Centre) ni semasa round2 Pulau Pangkor naik van pink. Tempat ni terletak di Pasir Bogak tapi kalau tengok dari luaran nampak macam tempat ni dah tutup. Sayangnya.. sebab bila mama cuba cari info rupanya tempat ni ada isu dengan pihak berwajib berkenaan lesen dan akta. Sedangkan tempat ni mmg ada penyu yang mendarat dan telah melepaskan 6800 ekor anak penyu huhu.. semoga ada solution dan urusan penyelamatan penyu dapat disambung semula.


Lempeng Warisan Teluk Nipah

Mama akhirnya berjaya merasa lempeng yang viral kat Teluk Nipah ni. Nanti mama cerita dalam post lain ye.


Korang kalau ada lagi tempat yang mama tak pergi lagi bagitau ye. Pulau Pangkor ni kecil aje tapi mama suka ke sini sebab nak beli stok coklat. Dah tak pegi Langkawi dah sebab kat sini sama je harga dengan Langkawi dan ada tu lagi murah tau.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

44 Comments

Words of wisdom

  1. bila lah nak sampai pangkor ni kak oi.... tokong tu terkenal kan ada memang orang wajib ke sana kalau ke pangkor...
    dana ingat terengganu je ada batu bersurat, kat sana pun ada jugak yek....
    banyak betul tempat best di pulau pangkor...
    akak makan tak laksa mee di pangkor? laksa sana yang rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok pergi la dana haha.. tokong tu ada byk binaan berapa jenis sins tu ngeri gak kan..kalau kesana tgk list ni tau. akak ada makan laksa perak kat kedai cah. rasa dia mcm laksa utara cuma telur dia tu ada sarang kan.. tapi akak tak sure laksa perak yg sebenar tu macam mana

      Delete
  2. Teringinnya nak pi Pangkor sekali lagi, dulu pergi masa tu tengah pose, pergi balik hari, pun tak jalan sangat, lotih... anak-anak pun masa tu kecil lagi...nanti nak return lagi laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila budak dah besar tentu diorang enjoy nanti kan sis lin

      Delete
  3. wahhh...bestnya...MY belum pernah sampai ke Pulau Pangkor lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk percutian pulau ala bandar boleh la dtg sini

      Delete
  4. Bestnya baca tempat2 best kat pulau pangkor ni. Mira tak pernah sampai lagi kt sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kalau ke sana boleh refer post mama ni

      Delete
  5. banyak dah tarikan baharu kat Pangkor sekarang ni, lama dah kak ana tak ke sini walaupun adik duk Lumut tu jer mama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sangat dah tu kak.. Tapi mmg biasa sgt org yg dekat2 tak dtg tempat mcm ni sebab dah mcm kg sendiri je kan

      Delete
  6. Walaupun mil ku orang Perak, Pualu Pangkor ini belum berkesempatan lagi nak jejak hehehehe

    ReplyDelete
  7. Dulu masa duduk Lumut selalu pergi Pulau Pangkor ni. Nanti nak bawak anak-anak jalan jalan kat sini la.

    ReplyDelete
  8. menariknya! tak pernah ke sana lagi, boleh jadi panduan ni!

    ReplyDelete
  9. wah.. menarik jugak pangkor.. slalu orang pilih nak g langkawi dari pangkor..tp tgk mama punye entri rasa pangkor pn menarik uutk kite pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkawi mmg best. tapi pangkor pun ok gak syiqin

      Delete
  10. menariknya. bila la nak sampai pangkor lagi ni. last sekali kak laili pegi pangkor tahun 1986 kihkihkih

    ReplyDelete
  11. Walaupun dekat pernah pergi masa kecik dulu je..

    ReplyDelete
  12. boleh refer entry mama ni tempat2 menarik kat Pangkor. Ada plan nak ke sini hujung tahun. Pernah ke sini dulu tapi tak banyak tempat kitaoarng singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama macam mama dulu pergi tak pergi tempat2 kat atas ni. 2nd time baru puas hati

      Delete
  13. Pernah bawak family bercuti kat sini..sygnya kami tak bermalam..sehari jer settle jenjalan kat sini

    ReplyDelete
  14. x pernah lagi bwk anak-anak jalan-jalan di pangkor.
    one day in shaa Allah.

    ReplyDelete
  15. kalau aku yg last tu aku gi dulu.. eh berapa bayaran satu van sekarang ni?

    ReplyDelete
  16. cantiknya ukiran dekat jambatan masjid seribu selawat tu. unik betul

    ReplyDelete
  17. tq for sharing..dah plan nk gi before puasa, InshaaAllah..

    ReplyDelete
  18. Banyak juga tempat menarik di Pulau Pangkor ni. Lain kali nakncuti kat sini rujuk entry2 akak jela senang

    ReplyDelete
  19. Jangan lupa singgah Galeri Panorama Pangkor!

    ReplyDelete
  20. Dah banyak tarikan di Pulau Pangkor. Lama sungguh tak ke sini. Kena rujuk sini semula nanti kalau ada plan ke Pulau Pangkor nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pn refer sini jufa azirahman senang kan

      Delete
  21. pernah kerja dekay lumut 2 thun lebih, masuk pulau atas sebab kerja 2x..masuk pulau untuk bercuti belum lagi...laksa perak, dulu2 tak makan...sekali akak clenar buatkan..menjilat bibir iolls...hahaha...

    kuah dia macam kuah sup, lepas tu ada smbal merah, tak kisah lah nk sambal bilis ka, sambal udang ka...lepas tu sayuran2..tapi selalu kacang panjang dihiris2...
    kalau tak silap ingatan linda lah...hahaha...
    tp , takpernah buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOAH, SEHINGGA MENHULAT BIBIR TU MESTI SEDAP. ALAMAK RASA RUGI PULAK TAK CARI MASA

      Delete
    2. ADOI SALAH PLAK TAIP CAPS LOCK HAHAA..
      ada la alasan utk kembali ke sana nanti. nak kena cuba nanti

      Delete
  22. Saya belum pernah kesini mam , menariiiik ternyata Pulau pangkor ini yaa 😍😍. Banyaaak yg bisa dilihat. Apalagi mama tulis ada banyak coklat. Memang lah tempat wajib tiap kali ke Luar negara. Pasti cari coklat buat anak2 😄

    Saya nak masukkan dlm list yg akan didatangi kalo ke Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Dah tiba Pulau Pangkor juga dan kat Teluk Nipah tu ada bulan yang akan ada fenomena laut terbelah jadi kita boleh jalan kaki je ke pulau kat situ. Dalam bulan 2 setiap tahun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ezna ada fenomena laut terbelah, tapi hati2 tau kena patuhi waktu jgn terlewat takut air jadi pasang tak sempat seberang.. ada kes dulu (org pangkor cerita)

      Delete
Previous Post Next Post