Kisah Fiona Kami, Si Rama-Rama

Kisah Fiona Kami, Si Rama-Rama. Assalamualaikum semua.. korang kenal tak dengan Fiona kami ni? Tentulah korang tak kenal sebab mama tak pernah kenalkan pada korang haha.. jangan marah ye. Fiona ni sebenarnya nama yang anak sedara mama beri pada kepompong yang mama dapat sebagai hadiah dari Taman Rama-Rama Melaka. Boleh baca sini [ Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ]. Harini mama nak cerita tentang Kisah Fiona Kami, Si Rama-Rama. Cerita sedih tau, sila sediakan tisu.







"Day 8.. The day has finally comes. Here is a beautiful butterfly, destined to be our beloved pet. We will love you very much." Ni la status Instagram post mama Jumaat lepas. Pada hari ke 8 ditakdirkan si Fiona telah menjadi seekor rama-rama yang cantik sekali. 


Cakk.. inilah Fiona, si blue eye butterfly yg cantik di mata mama. Sekali tengok nampak macam normal kan. Mama pun ingatkan dia normal dan tak sabar rasanya mama nak lepaskan dia di taman mini mama. Dalam hati terfikir gak, kalau Fiona terbang-terbang area rumah ni beberapa harini mama akan sediakan dia makanan biar dia takyah gi jauh-jauh. Kan musim Covid.

Tapi bila mama buka jar mama lihat dia taknak keluar. Bila pujuk-pujuk baru lah dia keluar dan bila dia cuba terbang terus jatuh semula ke tanah. Boleh lihat video di ig mama. Bila tengok betul-betul baru nampak ketidaknormalan sayap dia. Korang perasan tak?

Soar my baby Fiona.. Kesian dia nak terbang tapi tak berupaya. Dalam hati mama terfikir gak, eh dia ni OKU ke. Boleh nampak kan beza 2 sayap kiri dan kanan. In fact sayap sebelah kiri tu pun nampak tak fully formed.

Deformed?

Mama terus whatsapp pihak taman rama-rama dan bertanyakan tentang sayap dia dan berikut adalah jawapan dari pihak taman rama-rama.
Whatsapp jawapan dari guardian rama-rama. Alahai Fiona, sudah nasib kau ditakdirkan sebegini. 

Selepas tu mama banyak bertanya guardian of butterfly macam mana cara nak jaga rama-rama dan semua pertanyaan dijawab dengan baik. So, mama pun decide akan jaga Fiona sebaiknya. Mama dah sediakan dia botol besar, siap ada tali untuk dia bergayut di dalam tu. Sempat lah juga dia menginap kat rumah baru untuk satu malam.






Kenangan Fiona

Apakan daya, hidup Fiona tak lama, setelah 24 jam mati la dia. huhu.. dah ditakdirkan umur pendek mama pasrah aje.. semoga Fiona bahagia di sana

Kenangan Fiona di Hari ke 5

Sehari sebelum dia jadi rama-rama. Gambar pada hari ke 7

Itulah kisah Fiona si rama-rama bermata biru kami. Dah selamat mama kebumikan dalam pasu pokok baru snake plant merah mama dah. Menurut pihak taman rama-rama mereka akan gantikan dengan kepompong yang baru. Reaksi mama tentulah taknak tapi akhirnya mama terima lah juga. Harini kepompong tu akan di pos. Nanti mama update pula tentang rama-rama baru adik si Fiona ni ye..

Take care semua. Jaga diri bebaik..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

25 Comments

Words of wisdom

  1. Alahai 2% hidup. Sedih kejap hidup.
    Seronok baca mamapipie bela rama-rama. Pengalaman baru kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rama2 mmg sgt fragile kan.. alhamdlulillah mama dapat juga belajar sikit2 macam mana nak jaga kepompong dan nak jaga rama2.. tambh la ilmu sket

      Delete
  2. Cantiknya Fiona. Ala sedihnya jangka hayat dia tak panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la fiza.. nak buat mcm Mana.. da jugala dia hidup sehari

      Delete
  3. sekejap sgt kitaran hidup serangga.sebab tu jarang org buat pet

    https://e-kantinsekolah.blogspot.com/2020/10/kucing-dan-haiwan-lain-di-kantin-sekolah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. sekejap Sgt. Paling kama dia boleh hidup pun 2 minggu huhu

      Delete
  4. Sedih baca kisah Fiona, semoga adik Fiona dapat hilangkan rasa kehilangan dia

    ReplyDelete
  5. Ini baru rare mama 😍 first time dengar cerita orang bela rama-rama. And also salute the team sebab very concern & helpful in providing you with the info/guidelines to take care of a butterfly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rare ke haha.. rezeki mama dapat peluang jaga rama2.. alhamdulillah

      Delete
  6. Ada nampak juga kat IG, bila baca kat sini baru lebih jelas sikit. Macam sedih pulak ya kisah si Fiona nie.. apa nak buat hukum alam kan..

    ReplyDelete
  7. T^T.. tumpang sedih Mama. rama-rama yang cantik hidupnya tak lama.

    ReplyDelete
  8. Pengalaman best. Tak tau pula boleh bela rama-rama.

    ReplyDelete
  9. banyak pengajaran dari kisah rama-rama ini..

    mudahan memberi ilham dan pengajaran tentang kisah kehidupan

    ReplyDelete
  10. Mamapp unik sungguh membela seekor rama-rama, bukan sng ya! jgn bersedih ya mama..mesti dia selalu ingat org yg dia mnumpang kasih syg :)

    ReplyDelete
  11. menariknya pengalaman jaga rama-rama. bukan senang dapat peluang ini. memang peluang yang berharga. tapi baru tahu 2% je yang betul-betul jadi rama-rama *sobs* >﹏<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pun baru tau.. mmg fragile rama2 ni kan

      Delete
  12. Baca ni semuala arini... Miss you fiona

    ReplyDelete
Previous Post Next Post