Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Sebgai seorang khalifah di bumi ini, adalah tanggungjawab kita untuk manyampaikan dakwah islam. berdakwah adalah menyeru ke arah kebaikan. Mama nak share kat sini tentang Kemuliaan Berdakwah.
Kemuliaan Berdakwah
عن أبى رافع قال , قال النبى صلى الله عليه وسلم لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهُ على يَدَيْكَ رَجُلاً خَيرٌ لَكَ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيهِ الشَّمْسُ وَغَرَبَتْ
Daripada Abi Rafi dia berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda: Jika ditunjukkan seorang manusia mengikuti jalan Allah melalui daya usahamu, ia adalah lebih baik daripada bersedekah dengan semua harta benda dari naik matahari sehingga terbenam matahari (HR At-Tabroni No: 18250)
Kesimpulan hadith:
1. Tugas setiap Muslim adalah mencontohi Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain.
2. Tanggungjawab berdakwah, mengajak orang lain kepada jalan Allah dan menjauhi kemungkaran adalah tugas yang mulia yang ganjarannya lebih baik daripada dia bersedekah semua hartanya dari matahari naik hingga terbenam.
3. Dalam hadis yang lain, daripada Sahal bin Sa'ad RA, Rasulullah SAW bersabda:
فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِىَ اللَّهَ بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
Demi Allah, bila ada satu orang saja yang mendapat petunjuk melalui dirimu maka itu lebih baik bagimu daripada memiliki unta-unta merah (semulia-mulia harta orang Arab) ". (HR Bukhari No: 2724)
4. Tugas berdakwah ini tidak terhad kepada orang tertentu sahaja, tetapi ia menjadi tanggungjawab bersama setiap umat Islam
Marilah merebut peluang untuk menyampaikan dakwah dalam pelbagai penjuru dan relong di dalam masyarakat. Semoga ia menjadi amal soleh yang berterusan apabila kita meninggal dunia.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor.
Tags
ISLAMIK
alhamdulillah
ReplyDeleteberdakwah lah walaupun hanya setitis ilmu :)
Betul sop..semoga Kita mampu
DeleteAlhamdulillah.. bila kita sampaikan satu ilmu, itulah sebenarnya dakwah kita pada orang..
ReplyDeleteAlhamdulilkah shikin. .
DeleteBerdakwah ni satu perkara mulia.
ReplyDeleteHappy weekend.
Happy weekend tk
DeleteLH berharap LH dapat memberikan inspirasi kepada setiap orang. Itupun salah satu cara untuk kita berdakwah. Menunjukkan orang lain untuk menjadi lebih baik. Betul tak?
ReplyDeleteBetul tu tunjukkan cth yg bail agar diteladani.. mama.doakan ye
Deletethanks for the share....tgk gmbar gunung bersalji tu....teringat pula nak ke tempat sebegitu...mecari ketenangan sebentar....
ReplyDeleteTu la kan do musim yg mcm ni mmg rasa nak Cari kedamaian.. Kita doa sama2 ye
Deletenak sampaikan tu kena ada ilmu kan.. takut tersmpaikan yang salah..
ReplyDeletetapi ada banyak cara blh buat. macam sy yang ilmu x ckup ni.. skadar berkongsi jela apa yang patut. semoga ada juga saham disana..
Kita sampaikan apa yg Kita taking betul. Walaupun sikit..cuma pastikan dumber tu yg boleh dipercayai
Delete