Assalamualaikum semua.. salam hari Isnin semua. Ada yang Monday blues ke.. Jangan blues-blues ye jom kita sama-sama bersemangat. Hari Isnin kalau di office memang double sibuk sebab dah bercuti selama 2 hari. So, kerja akan bertambah di hari Isnin. Apapun hari Isnin ni mama dalam good mood sebab kepala rasa ringan. Bila Encik Suami Jadi Tukang Gunting.
Mama tak tau bila kali terakhir mama gunting rambut. Rasanya dah melebihi setahun. Selalunya mama potong rambut di salon kat kampung sebab tak semua tukang gunting rambut pandai potong rambut mama yang tebal semacam ni.
Dah berbulan dah mama teringin nak potong rambut. Rambut dah sangat panjang sampai ke pinggang. Bayangkan aje, dah lah tebal, panjang pula tu. Mana tak berat kepala mama ni. Nak pakai tudung kena pusing sanggul 3 kali. Nak cuci rambut pun tak boleh selalu sebab lambat keringnya. Rambut gugur jangan cakap lah. Bila rambut panjang memang akan lebih kerap gugur kan.
Disebabkan mama takut nak ke salon di musim pandemik ni maka mama akhirnya berjaya paksa En hubby jadi tukang gunting rambut mama. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga potong paras bahu. Punyalah best perasaan tu. Kalau dapat potong layer lagi best tapi mama bersyukur aje lah dgn apa yang ada.Mujur juga pengalaman pertama En hubby jadi tukang gunting rambut tak jadi pengalaman ngeri mama..
Tu je la nak citer harini. Sebenarnya mama ni pandai juga potong rambut orang. Kalau balik kampung mama selalu potong rambut jiran-jiran dan makcik-makcik. Arwah mak dulu memang pelanggan tetap mama. Adik-adik masa kecil pun mama yang potong juga rambut diorang tapi nasiblah ye memang tak perfect tapi boleh la.. Cuma nak potong rambut sendiri aje tak mampu huhu.. apapun dah lega separuh dari rambut mama dah "hilang".
Dan akhirnya perkataan yang selalu disebut tukang gunting rambut masa gunting rambut mama, perkataan yang sama juga keluar dari tukang gunting baru mama ni.. "banyaknya rambut!" haha...
betul kalau saya rimas sgt pun saya terus gunting
ReplyDeletekalau dah sampai tahap rimas mmg kena setel cepat2 kan
DeleteMama, lain kali tengok kat youtube boleh potong sendiri je rambut panjang, dia bawak semua rambut ke depan, ikat..tunduk sikit, potong siap jadi ada layer2 lagi, hihi..kalau berani cubalah, tengok hasilnya boleh tahan cantik.
ReplyDeletemama ada tengok gak tapi kalau rambut nipis ok kot. mama ni tak berapa syesyuai
Deletesampai ke pinggang.. wow.. kalau timbang ni mesti berkilo rambut.. hehehehe
ReplyDeleteberkilo-kilo pha is haha..
Deletepotong asal tak senget tak apa, hehe
ReplyDeletebetul tu. kalau sama level kira dah ok dah tu kan
Deletememang kalau rambut panjang, ia akan jadi lebih berat dan lebih mudah gugur..
ReplyDeletebetul kan sunah.. dan makin rimas
Deletebagus laa rambut lebat..share sket tips mama..ad punya rambut nipis..nak tebalkan rambut ni
ReplyDeletetipsnya masa kecil2 dulu.. arwah mak mama selalu sapu minyak kelapa kat rambut masa baby lagi. dah beso ni ada juga tipsnya. ada sejenis shampoo yang bagus utk tambah rambut tapi mama dah lupa la nama dia
DeleteSaya berambut panjang waktu remaja sahaja. Dah berumahtangga, rambut jadi pendek, dan makin pendek. Cecah bahu sikit terus potong.
ReplyDeletelagi selesa bila berambut pendek kan.. senang dan bebas aje rasanya
DeleteKak Laili potong sendiri Mama. Lepas tu mintak sapa-sapa tolong trim elok-elok kihkihkih
ReplyDeletewah hebat la akak.. saya takboleh buat la tebai no kak
DeleteKak Sue pun lama tak pergi salon.. macam takut pulak nak pegi. Nasib adik Kak Sue ada datang hari tu, terus suruh potong sikit rambut.. lega.. hehehe..
ReplyDeletemujur juga kak sue ada penyelamat.. saya ni terpaksalah redho cari sumber yg ada
DeleteSaya baru sahaja pergi gunting rambut semalam. Lega. Samalah rambut tebal.
ReplyDeletemama faham perasaan tu hihi.. legaa sangat kan
Deleteayooo panjangnya sampai pinggang kak oi, dana baru panjang bahu pun dah rimas macam apa hahahha...
ReplyDeletedana lagilah masa PKP aritu potong sendiri je, pastu baru suruh Edy kasi sama panjang... dana ikat rambut tu dengan getah pastu potong paras mana yang dana tanda hehehehe... pendek janji boleh ikat sikit pun ok... rasa lega betul kepala
mesti rambut dana tak berapa tebal mudah nak potong cara gitu. akak ni aduhh tak mampu nak buat gitu. apapun mmg lega dah potong ni
DeleteSaya pun sepesen Mama, rambut tebal. Gugur banyak, tapi still lebat. Tak boleh panjang sikit, nanti pening kepala
ReplyDeleteye juga lagi senang kena serang pening kan
Deletehaha.sama mama..saya pun bila pi potong rambut kat salun/kedai gunting rambut confirm lepas potong tu tukang gunting tu cakap, byknya rambut u. haha. rambut saya pun jenis tebal & banyak...
ReplyDeletehihii i know how it feel.. kita serupa..
DeleteMemang masa PKP saya telah jadi tukang gunting untuk suami dan anak-anak.Sekarang macam sudah jadi permanent tukang gunting untuk mereka dah..
ReplyDeletejimat tu minah hihi
Deletenieyl pun dah lama x gunting rambut, biasa gi salun khas wanita dkt tempat nieyl tu je, tapi sejak pkpb ni x pergi lagi, ni pun kalau pakai tudung, tu diaa...sanggul tinggi...
ReplyDeletei feel you huhuu
DeletePKP ni buat semua orang asah skill macam2 hehe
ReplyDeleteye betul la syaz.. memacam skill baru yg muncul kan
Deletekak ana memang suami jer hairstylis nya Mama, ikut dan dia lah nak fesyen apa hasil nya kena redha jer lah haha :)
ReplyDeletewah untung la kak, ala kita perempuan fesyen apa pun boleh. pakai tudung bukan org nampak pun hihii
DeleteSama la kes kita ni, Tukang Kebun dah setahun setengah ada tak potong rambut sampai lebih pinggang dah ni.
ReplyDeleteTapi tak berani bagi suami potong hehehe...
Time pandemik ni takut nak ke kedai gunting rambut kan.
wohh ni lagi panjang ni.. meh mama tolong potong. boleh kut suruh en hubby potong tu
DeleteSamalah kita kak.. Encik suami kena jadi tukang gunting.. hehehe..
ReplyDeleteRisau nak ke kedai..
sama la sha.. bahaya nak gi salon waktu2 mcm ni
DeleteOk la tu pengalaman pertama yang terbaik. Zumal baru dua tiga hari ni try trim dan repair rambut sendiri terus jadi tak elok 😂
ReplyDeleterasa ringan je kepala bila dah rambut hilang separuh..hehe..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMmg ringan je kepala bile dh gunting rambut
ReplyDelete