Cancel Percutian, Bagaimana Claim Credit Account & Refund Hotel Dari AirAsia?

Cancel Percutian, Bagaimana Claim Credit Account & Refund Hotel Dari AirAsia?. It's happening again! Masa mula-mula PKP bulan Mac aritu mama terpaksa cancel percutian ke Pulau Pangkor [Baca Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, Mama Cancel Percutian ]. Di sebabkan keadaan makin teruk sekarang dan almost semua negeri dah dalam perintah PKPB maka terpaksalah Mama Cancel Percutian Ke Pulau Langkawi pula. Bagaimana Claim Credit Account & Refund Hotel Dari AirAsia? Kalau ikut plan harini 17/11 mama touch down Shah Alam. Percutian sepatutnya 15-17 November 2020 huhuu..






Gelombang ke 2 Covid19 kali ni memang merisaukan. Mama pula yang memang dah merancang ke Langkawi dan dah book Hotel & Tiket Flight AirAsia sejak bulan August 2020, zaman tu kes harian cuma satu angka, so agak confident nak pergi jenjalan. Sejak mula gelombang kedua ni mama pun naik risau untuk meneruskan percutian dan mama akhirnya request Refund dari AirAsia melalui Credit Account.

Gambar percutian di Langkawi 2 tahun lepas. Kononnya tahun ni nak pergi hunting coklat kat kompleks HIG tapi punah harapan. Boleh baca percutian Langkawi mama di sini Bercuti 3 Hari 2 Malam di Langkawi Kedah - Tips Dan Itinery


Bagaimana Claim Credit Account & Refund Hotel Dari AirAsia?

TQ Ms AVA. Inilah dia AVA virtual help assistance Air Asia yang bantu mama

First sekali kalau nak claim credit accout, korang kena pastikan yang flight korang ditunda atau di cancel baru boleh claim. Sebelum ni mama dah beberapa kali cuba apply tapi tak berjaya sehinggalah flight ditunda baru mama berjaya claim tau. Mengikut pengalaman mama selalunya flight Air Asia ni akan tukar tarikh atau waktu, so chances utk claim credit account ni insya allah akan boleh buat.

Bagaimana Dapatkan Refund Flight Dari AirAsia?

Chat with AVA. 

Mudah saja nak claim/refund bagi tiket flight, mama cuma chat dengan AVA saja dan terus application berjaya dalam masa 5 hari saja. Mama 5/11 apply 10/11 dah settled. Mudah sangat caranya. Boleh lihat chat mama dalam gambar tu. 






Credit account: Request for a credit account of the value of your booking which is to be redeemed within 730 calendar days from the issuance date for your future travel with us. The actual travel dates can be after the expiry date as long as our schedule is out. Credit Accounts are not only faster to redeem, but also have a longer validity, and are more convenient for you, as you can simply top up for future bookings, if need be.

For Credit Account, you may chat with Ava now at https://air.asia/CA. Once the AVA chat window opens, complete the fields as directed by AVA.

The above options are only applicable for direct online booking made via airasia.com. These options are not applicable for group bookings. Kindly refer back to your respective travel agency for any group booking recovery options.


Boleh ke Dapat Refund Hotel Dari Belian SNAP AirAsia?

Kalau baca itinery yang mama terima masa booking SNAP, ditulis kat situ hotel tak boleh nak claim. Mama pun dah rasa susah hati. Dan pihak hotel di Langkawi pun ada call mama dan minta deal dgn Air Asia directly for any hotel cancellation enquiry. Mama cuba banyak kali dan tak sangka akhirnya berjaya juga. Kat sini mama tulis macam mana cara mama dapatkan refund hotel dari Air Asia ye.


Cara Pertama: Chat dengan Ava

Beginilah cara chat dengan AVA

Visit https://support.airasia.com/ and select Chat with AVA -> Hotels/SNAP -> SNAP -> Hotel Refund

Bila chat dengan AVA, kena make sure kita pilih menu pilihan yang betul baru kita dibawa ke segment yang sepatutnya. Kalau salah pilih jawapan berpusing-pusing kita dibuatnya nanti. So, kalau nak claim hotel melalui AVA boleh refer jawapan mama dalam highlight merah tu ye


Selepas ni, kita dah kena communicate dengan manusia. So, kli link tu

Kita dibawa ke window ini. 

Pada mama cara ini agak kurang berkesan sebab mama dah cuba buat selama 2 hari tapi waiting time tu tak berubah. So, mama cuba kaedah kedua.


Cara Kedua: Whatsapp

Rupanya chat dengan AVA menggunakan whatsapp lagi mudah uols. Mama klik link ni https://web.whatsapp.com/send?phone=601135165078 dan mula request hotel refund. Dalam masa sehari aje mama dah dapat refund tau. 12/11 request, 13/11 dah settled

Inilah chat mama dengan AVA. Jelas kat situ waiting time dan lagi berapa orang yg tunggu giliran. So, lagi mudah bagi mama menunggu macam ni

Tadaa.. mudah sangat kan guna whatsapp ni



Berjaya Dapatkan 100% Refund dari AirAsia

Alhamdulillah.. berjaya dapat 100% refund

Duit refund ni masuk dalam credit account mama di AirAsia dan boleh digunakan dalam masa 730 hari. Semoga ada rezeki nak guna duit nanti. Semoga miss Covid cepat2 la berlalu



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Lama tempoh 730 hari. Insya Allah dapat melancong nanti.

    ReplyDelete
  2. Tips yg helpful..Alhamdulillah, dpt refund..

    ReplyDelete
  3. Ramai juga yang kena cancel percutian sebab covid ni kan. Bagus lah ada tips2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Ai, siapa sangka MAlaysia akan hadapi gelmbang ke 2 yang lagi parah ni kan. Mama tulis kat sini utk rujukan mama juga. Kot2 terjadi lagi senang nak refer

      Delete
  4. Alhamdulillah.. mudah juga berurusan.. dapat balik duit..

    ReplyDelete
  5. Ava sgt membantu..lega dapat balik refund..kn mama

    ReplyDelete
  6. Good sharing Adda, alhamdullilah dapat refund kan..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat berguna. Musim sekarang tak dapat ke mana-mana jadinya

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dapat refund dari AA.. kazen saya sampai kesudah x dapat2..
    tiket ke Jepun haaaaih. berlima pulak tu sekawan nak pegi. mmg strict sikit..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post