Cerita Anak Angkat Rama-Rama ke Tiga, Si Nolang노랑

Cerita Anak Angkat Rama-Rama ke Tiga, Si Nolang노랑. Jeng..jeng..jeng.. korang jangan terkejut pula sebab mama dapat lagi sekor anak angkat rama-rama tau. Anak angkat ketiga ni sebenarnya bukan anak angkat mama tapi adik angkat anak mama. Haha korang faham tak apa yang mama maksudkan? 






Sebenarnya anak mama yang menang dan terpilih sebagai penjaga rama-rama buat kali ni. Cerita tentang anak angkat rama-rama boleh baca di sini


Hadiah yg anak mama terima. Seronok bukan main dia unboxing hadiah dia. Yang bestnya dia ada menang tiket free ke taman rama-rama juga. Sebelum ni mama dapat 2 tiket, kali ni dia dapat satu tiket. So, kami anak beranak boleh masuk taman rama-rama Melaka FREE aje. Tiket tu valid sampai December 2021. Yahuu..


Mari Bantu & Support Program Adopt A Butterfly Taman Rama-Rama Melaka

Hari pertama, hari ketiga dan hari keempat si Nolang kami. Sebenarnya tak sempat bagi nama sebab mama kesibukan dan yang menjaganya tentulah anak mama. Dia pun tak reti nak bagi nama. So, mama la yang bagi nama Nolang노랑, dalam bahasa Korea maksudnya Kuning. Si Nolang ni sama species dengan Le Fluer iaitu Plain Tiger Butterfly.







Terima kasih kongsikan berkenaan Program Adopsi ni. Dalam tempoh PKPB ni, kami terpaksa ditutup untuk sementara. Hanya dengan Program Adopsi ni je harapan untuk kakitangan kami terus bertahan. Perkongsian dari anda sangat berharga buat kami disini. Terima kasih, Pelindung Rama-rama. Hanya inilah satu-satunya cara untuk memastikan rama-rama dapat terus berterbangan ❤️

Sedihnya baca dm dari taman rama-rama melalui akaun instagram anak mama. Marilah kita sama-sama support pekerja yang terjejas kerana Covid. Klik sini untuk adopt butterfly  https://butterflyreptile.easy.co/collections/adopt-a-butterfly


Hai Nolang. Nolang ni memang aktif. Selepas dia bertukar jadi rama-rama memang nampak dia aktif walaupun masa tu kepak dia masih basah lagi. Mama dah agak anak angkat yang ni mesti tak tunggu lama untuk terbang.

Nasib baik sempat posing dengan dia dalam botol tu. Lepas buka penutup botol dia cuma ambil masa beberapa saat aje, then terus terbang tinggi.

Tapi sebelum dia terbang tinggi sempat pula dia hinggap kat baju anak mama. Macam tau aje penjaga dia siapa kan. Lepas hinggap sekejap terus dia terbang tinggi dan berlegar-legar dalam 3-4 kali atas kitaorang, then terus pergi jauh. Bijak dia ni.


Video Melepaskan Rama-Rama

Mujur sempat mama ambil video. Layanlah video upacara melepaskan si Nolang ni. Jom


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Sayang dapat jaga kejap lepas itu rama-rama akan terbang pergi.
    Apapun alhamdulillah Nolang tiada masalah untuk terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga dapat tgk dia terbang bebas NA. Alhamdulillah dia sihat, tak macam fiona dulu

      Delete
  2. Wah baru tau ada program anak angkat rama2, cam menarik je kan.
    Nolang..comel je namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian gak taman rama2 ditutup, so diorang buat program adopt butterfly. Nama Nolang mama baru aje bagi haha

      Delete
  3. Kalau kat kebun wak tak suka rama2 ni
    Akan menghasilkan banyak ulat yang merosakkan tanaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wak, sebab belumcas suka makan daun kan. Mama pun sebenarnya berdoa jgnlah dia tinggalkan beluncas kat pook mama yg tak berapo nak hado tu hihi

      Delete
  4. Macam best je..baru awak tahu ada program macam ni..

    ReplyDelete
  5. Laa... Dah no 3 ke mama? Sempat ikuti perkongsian yanh 1st dulu je. Alhamdulillah this time berjaya terbang bebas ye.

    ReplyDelete
  6. wahhh macam nak try jugak bela anak angkat rama-rama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ambil.anak angkat dah nanti.. try la klik link tu farhana

      Delete
  7. Bestnya dapat lagi. okay faham faham kiranya anak akak punya lah ni. Yang ni pun cantik. sama spesis dengan tiger haritu rupanya.

    ReplyDelete
  8. best juga tengok rama-rama untuk dilepaskan ke habibat yang sebenarnya.

    moga boleh menyumnbang kepada populasi yang lain pula

    ReplyDelete
  9. wau adik angkat pulak ye mama..rajin bela rama-rama ni..

    ReplyDelete
  10. Kalau saya tu mesti dah sedih sikit tu bila Nolang dah dilepaskan huhuhu

    ReplyDelete
  11. menarik hadiah dia....
    semoga terus terbang dan terbang...

    ReplyDelete
  12. First time dengar program ni...menarik la...

    ReplyDelete
  13. wah nolang such a cute name . dah lama juga tak nampak rama rama kat area sini

    ReplyDelete
  14. Comel Nolang tu posing dengan hero sama segak sedondon.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post