Koleksi Pokok Baru Mama

Assalamualaikum semua. Harini mama nak perkenalkan koleksi pokok baru mama. Hmm.. tak tau la nape dengan mama ni. Walaupun tak pandai sangat dalam hal bercucuk tanam tetiba menambah pula koleksi pokok.






Ada pokok yang mama memang tiba-tiba minat dan ada juga pokok yang kawan bagi. Kawan yang mama baru kenal ni rupanya memang sejenis tangan sejuk. Macam-macam pokok dia ada dan gemuk-gemuk pula tu. Mama cuma ambil satu aje pokok, ada 2 lagi pokok nak dibagi benih mama tak ambil. Huhu nanti banyak komitmen pula kan. Kesian kalau mati..


Koleksi Pokok Baru Mama

Jom tengok koleksi pokok mama

Pokok rama-rama purple. 

Dah beberapa minggu mengidam akhirnya mama beli kat shopee anak pokok ni. Murah aje RM12 saja tau. Mama beli yang paling murah. Nama saintifik pokok rerama atau rama-rama ini adalah Mariposa Christia Vespertillonis. Ianya popular dengan gelaran Butterfly Wing. Sedap betul nama saintifik dia tu boleh bagi nama kat anak.

Lepas terima pokok ni mama terus repotting. Agaknya sebab tu la nampak dia punya daun pelik sikit.


Khasiat Daun Pokok Rerama Hijau






Mama memang tahu daun pook rama-rama jenis hijau ni banyak khasiat. Tapi mama suka dengan rama-rama purple. Mungkin next time mama boleh la tanam yg hijau pula. Ini khasiat yang hijau punya..

  • Ekstrak daun pokok rerama ini mampu merawat penyakit kanser (barah) kerana ianya mengandungi ‘active ingredient’ yang mempunyai ciri-ciri anti keradangan dan anti kanser.
  • Boleh meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
  • Antara penyakit lain yang mampu dirawat menggunakan ekstrak daun pokok rerama ini adalah penyakit SLE, denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah usus (seperti gastrik, sembelit dan cirit birit), asma, migrain, resdung dan demam campak.

(Sumber: Website utm)


Pokok Rose Jepun

Sedapnya nama saintifik Rose Jepun ni, Portulaca grandiflora macam nama orang kan. Sejak dari dulu memang mama suka sangat pokok bunga ni selain dari pokok keembung (jangan gelak tau jarang ada orang suka pokok ni haha). Mama pernah cuba tanam dulu masa jiran bagi keratan pokok. Tapi masa tu mama memang sangat zero tentang bercucuk tanam ni maka matilah dia haha.. Keratan ni mama beli dari shopee juga. Murah sangat RM4 dalam 10 keratan. Seller punyalah baik hati. Dibaginya mama keratan panjang-panjang. Bila mama tanam dapat 3 pasu tau. Semoga menjadilah kali ni. 

Mama ada baca pokok rose jepun ni memang suka cahaya matahari, maka mama pun letak la direct sunlight nanti. Impian lepas ni kalau menjadi nak cari jenis carnation pula.

Pokok Ulam Raja

Pokok ni kawan mama bagi. Kata dia terlalu banyak tumbuh kat rumah dah. Dia bagi kar sesiapa yang nak. So, mama pun ambil lah satu. Tapi harini nampak macam dah nak KO haha.. teruknya skil menanam mama ni. Malangnya pasu yang mama guna untuk tanam pokok ni tak tau nape air tak mengalir. Bila hujan air bertakung dalam pasu. Padahal ada lubang di bawahnya dan mama dah gemburkan tanah dah.. huhu..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Cantik rama-rama ungu macam nampak berterbangan.
    Harap menjadi tanaman mamapipie terutama ros jepun dan bunga rama-rama.

    ReplyDelete
  2. dalam banyak2, pokok ulam raja paling sedap hehe cantik2 cantik mama ada ni. Jaga elok2, jangan amti plak hehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya pokok rerama tu kak Adda..

    ReplyDelete
  4. oooo... pokok rerama purple ada nilai perubatan rupanya!

    ReplyDelete
  5. suka tgk pokok rama-rama..kaler purple..

    ReplyDelete
  6. Wkmsalam
    Salam bertani.
    Semoga subur tanamannya

    ReplyDelete
  7. wow ulam raja mama..sedap tu..
    cantik pokok2 mama tu.. :)

    ReplyDelete
  8. Mama, ulam raja tak cantikla tanam dalam pasu..elok tanan atas tanah. Akk tanam ulam raja ni dari benih campak je atas tanah yg digembur, tanam depan rumah ni dah masuk round 3 dah.

    Cantiklah pokok rama2 pepel tu. Beli kat shopee dia pos camane, tak rosak ke..maafla tanya camni sebab tak tau pun boleh beli pokok idup kat shopee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. ttanam terus kat tanah ye. boleh cubalah nanti..

      pokok rama2 tu cantik sgt memang saya suka. Saya dah beberapa kali beli pokok melalui pos termasuklah bayam brazil. So far alhamdulillah. biasanya diorang akan kepung daun2 dan balut dgn kertas basah. Masa baru buka mmg tak perfect sebab ada kesan tu, lama2 cantik la dia hihi. So far alhamdulillah juga abg posmen tak terbalik2 kan pasu mungkin sebab ada label fragile, etc. harap dapat membantu

      Delete
    2. benih ul;am raja macam mana ye kak

      Delete
  9. Cantiknya pokok rama-rama tu Adda..

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pokok rama-rama purple tuuuu.. unik! Pertama kali tengok

    ReplyDelete
  11. Rose Jepun dan rama-rama hijau tu zumal pernah tanam

    ReplyDelete
  12. kalau mak saya tengok rose jepun tu.. jadi x keruan dia.
    walaupun dah membiak2 dirumah. dia masih nak lagi hehe.. gitula prasaan kalau da suka tu..

    ReplyDelete
  13. Japanese rose tu tak dapat dinikmati keindahan nya oleh mereka yang bertugas 9 to 5 kan sbb kembang lepas pukul 9 dan kuncup sebelum 5 petang.

    ReplyDelete
  14. cantik bunga2 koleksi mama..yang purple tu, suka tengok. warna dia cantik..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post