Resepi Kari Ketam Tumis Darat

Resepi Kari Ketam Tumis Darat, Harini mama nak share Resepi Kari Ketam Tumis Darat yang mama masak beberapa minggu lepas. Ahli keluarga craving ketam maka mama pun masaklah kari ketam. Personally mama lebih suka masak ketam bercili atau masak kamheong tapi kali ni kerana ada permintaan nak lauk berkuah maka jadilah kari ketam tumis darat. Kalau nak tengok resepi ketam masak kam heong boleh tengok kat sini Resepi Ketam Masak Kam Heong atau ni Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api






Kenapa tumis darat? Sebenarnya gulai kari yang ditumis darat ni tak sama dengan gulai kari biasa tau. Walaupun bahan-bahan dia sama tapi cara masak ada sikit kelainan. Dan yang paling best bila tumis darat ni ialah aroma dia yang memang sedap sangat, Mama memang suka..


Resepi Kari Ketam Tumis Darat





Resepi Kari Ketam Tumis Darat

Makan dengan nasi je takde lauk lain pun. Mama letak kicap sikit masa makan rasa dia peh memang mabeles


Bahan-bahan

- 2kg ketam/ anggaran 24 ekor ketam (dibasuh bersih dan dikerat dua)
- 1 keping asam keping
- 2 kotak santan kotak (saiz kecil)
- gula & garam
- 2 sudu serbuk kari ikan


Bahan tumis

- 1 sudu teh halba 
- Rempah 3 sekawan (kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
- 5 ulas bawang putih dihiris
- 10 ulas bawang merah dihiris
- 1/inci halia dihiris
- 4 tangkai daun kari

- 5 sudu besar rempah kari ikan
- 3 sudu besar  rempah kari daging







Cara-cara memasak

  1. Masukkan ketam ke dalam periuk.
  2. Tambah air sehingga menutupi semua ketam panaskan api.
  3. Masukkan 2 sudu rempah kari ikan dan asam keping. Kacau rata
  4. Masak sehingga mendidih dan hilang rasa mentah rempah.
  5. Selepas itu masukkan santan, dan perisakan dengan gula dan garam. Boleh tambahkan air mengikut kepekatan yang diingin.
  6. Selepas mendidih boleh tutup api dan tutup periuk.

Cara Tumis Darat

  1. Panaskan minyak masak. Mama guna minyak yang agak banyak anggaran mencukupi untuk goreng rempah kari.
  2. Tumis daun kari dan halba, diikuti dengan bawang putih, halia dan bawang merah yang dihiris, Tumis sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari daging dan serbuk kari ikan (mama masak kari memang style masuk terus serbuk kari, takde buat paste. So, dia akan jadi lagi cepat garing). Tumis lagi sehingga rempah garing. Pastikan api jangan terlalu besar.
  4. Setelah itu tuang bahan tumisan dan minyak tumisan ke dalam periuk berisi ketam yang telah mendidih tadi. Tutup periuk dan biarkan beberapa minit sehingga wap mendidih tu senyap & dan bahan tumis sebati. 
  5. Sedia utk dihidangkan.

Ketam 24 ekor. Alhamdulillah dah setel. Semua kata sedap


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Baunya mesti mengundang rasa hendak makan.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Kak Adda.. sha selalu buat sup je atau gulai lemak.. Menarik juga buat kari camnie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke sha.. akak xpenah lagi buat sup. sedap tak

      Delete
  3. Sedapnya resepi ketam, terbit selera nak makan nih

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. nanti nak cuba buat juga lah. Kak Sue memang suka kalau tumis darat nie bau dia tu buat terbuka selera.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Wah menarik ni tak pernah try lagi masak kari ketam tumis darat. Selalu eza masak merah je. Next time boleh try ni. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. kari ketam tak pernah lagi try, selalu masak kicap tu

    ReplyDelete
  7. Sedapppnya ketam masak kari tu mama :)

    ReplyDelete
  8. macam dah lama rasanya kak ana tak masak ketam ni mama :) sedap ni

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap ni. Lapau dah. Food panda tak sampai-sampai.

    ReplyDelete
  10. baru semalam makan ketam, tak pernah lagi buat kari ni. tapi memang sedap sekali sekali dapat makan ketam..hehe

    ReplyDelete
  11. suka makan ketam...tp lately ni malas nak mengumpil (mengungkeh...) eh apa ntah word yg sesuai

    ReplyDelete
  12. Sedapnya. Saya selalu masak lemak je. Lama betul tak makan ketam

    ReplyDelete
  13. Teringin pula nak cari ketam, sedap tu.

    ReplyDelete
  14. alamakk bikin mengidam ba ni..emmm esok mau cari ketam!

    ReplyDelete
  15. oh... xtau pulak ada gulai kari tumis darat... xtau bezanya dgn masak kari biasa... hihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post