Weekend baru-baru ni mama sekeluarga berkumpul setelah sekian lama tak berjumpa. Sempat mama Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa. Mudah sangat memasaknya 8 minit dah siap. Kalau nak tengok macam mana Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa boleh baca sampai bawah ye.
Kebetulan bila kakak ipar kata nak datang rumah, mama terus teringat nak order kambing perap dan nak nak masak nasi arab. Alhamdulillah tercapai hasrat mama. Mudah sangat masak guna Noxxa.
Madi arab dimakan bersama kambing perap. Mama masak kambing separate dengan nasi arab. Biasanya kalau masak nasi arab akan masukkan kambing/ayam sekali dalam nasi.Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Noxxa
1. Rendam beras nasi arab selama 30 minit dan selepas itu tos airnya dan ketepikan.
2. Masukkan 1200ml air ke dalam periuk Noxxa dan masukkan rempah. Tekan mode stir fry dan panaskan sehingga mendidih. (Kalau nak letak ayam atau kambing boleh masukkan sekali dam rebus sehingga separa masak dan keluarkan ayam).
3. Kemudian, masukkan beras yang dah ditos tadi ke dalam air yang mendidih. Kacau seketika dan tutup periuk.
4. Tekan kepada mood high pressure selama 8 kali iaitu bersamaam dengan 8 minit.
5. Setelah nasi masak, lepaskan steam dulu sehingga semua steam keluar dan kemudian masukkan pewarna. Titik 3 tempat dan kacau rata dan biarkan dalam mode preheat selama 10 minit.
6. Siap!!
Cara Masak Nasi Arab Yemeni Mendhi Guna Periuk Biasa
Set Pes Nasi Arab (termasuk beras) keluaran Arabian Kitchen.. Setiap 1 Set Mengandungi 1 x set 500g Arabian Kitchen Yemeni Mendhi (termasuk Beras)
Rempab nasi arab yang ada dalam bungkusan pack nasi arab
Rempab nasi arab yang ada dalam bungkusan pack nasi arab
Cara-cara Penyediaan (Selain guna periuk Noxxa):
Ni mama copy dari shopee. Dari description nasi arab yang mama beli..
1. Basuh dan Rendam Beras Selama 30 Min.
2. Masukkan PES YEMENI MENDHI Ke Dalam Air Sebanyak 700ml (untuk beras 500g) Dan panaskan Sehingga Mendidih
3. Tapiskan Beras Yang Direndam Tadi Dan Masukkan Ke Dalam Pes Yang Sudah Mendidih Tadi.
4. Biarkan Sehingga Nasi Menjadi Kering Dan Masukkan Pewarna (3 Tempat Titisan Yang Berbeza)
5. Tutup Selama 15 Minit. Dan Siap Untuk Dihidangkan.
Senang tidak payah berjam-jam.
ReplyDeleteoh.. saya pun suka jenama ni... senang sangat masak ni kan? kalau masak guna rice cooker 1 rumah harum semerbakkkk
ReplyDeletemama baru first time cuba brand ni. rupanya glemer juga ye
DeleteSedapnya nasi arab.
ReplyDeleteSedap tuh, dah try brand nih memang sedap nasi arab nye.
ReplyDeleteSha suka guna jenama ini.. memang sedap dan mudah..
ReplyDeletesenang. nak beli mahal jugak nasi arab ni huhu
ReplyDeleteMmm kak pun selalu guna brand ni juga buat nasi Arab. Mudah. Mesti jadi.
ReplyDeletesedapnya mama..elok kejadian dia bila da masak tu..
ReplyDeletemama nanti tinggalkan details kat link ni ya: https://www.sunahsukasakura.com/2021/01/top-10-commentators-2020-blog-sunah.html
hihi.. alhamdulillah menjadi juga nasi arab mama.. satgi mama jenguk post ciksun ye.
Deletesedapnya kak... dah lama rasa tak makan nasi arab last masa bulan puasa
ReplyDeletecantik kejadiannya...lama x makan nasi arab ni...
ReplyDeleteWahh.. sedap ni :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog ejulz. :)
https://ejulz.blogspot.com/2021/01/senarai-pengomen-tegar-dis-2020.html
tuuu diaaa iahhhh! sedapnya :
ReplyDeleteWaaaa senang je. Favourite ni suka makcik sedara masak. Senang lah ada Pes ni kalau nak belajar buat sndiri
ReplyDeleteawat nampak sedap sgt. nak kena try buat juga ni..hehe
ReplyDeletekalau dah pandai masak begini tak perlu kedai lagi
ReplyDeleteRumah saya ada noxxa tapi jarang sangat guna. Thanks share Mama. Kalau teringin nanti boleh try
ReplyDeleteada noxxa mudah kerja sal
Deletewah nampak sangatlah menyelerakan ^_^
ReplyDeletecantik elok kejadiannyaaa.. mesti sedap tu =D
ReplyDeletekat rumah ni ada jugak Noxxa tapi harhar har..... pemalas sokmo saya ni
cara paling senang... yg susah bila malas nak masak hahahaha
ReplyDeleterupanya yemeni mendhi ni ramai yg suka ye. mmg x heran la sebab mmg sedap dan mudah penyediannya
ReplyDeleteMudahnya masak siap ada pek macam tu dan guna periuk noxxa lagi cepat kerja masak. Sedapnya nasi arab yemeni mendhi.
ReplyDeleteSedapnyaaa
ReplyDelete